Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Petua

10 Khasiat Daun Kari Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

10 Khasiat Daun Kari Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu Apabila menyebut tentang daun kari, kebanyakan orang hanya menganggapnya sebagai penyedap masakan seperti kari ayam, kari ikan atau sambal. Namun, tahukah anda bahawa khasiat daun kari sebenarnya sangat banyak dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional? Daun kari mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, zat besi, kalsium, fosforus serta antioksidan yang membantu menjaga kesihatan tubuh secara semula jadi. Jom ketahui 10 khasiat daun kari yang mungkin anda belum tahu. 1. Kaya Dengan Antioksidan Daun kari mengandungi antioksidan semula jadi yang membantu melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik. 2. Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah Salah satu khasiat daun kari yang sering dikaji ialah potensinya membantu mengawal paras gula dalam darah. Pengambilan sec...

Manfaat Minum Air Lemon Panas Setiap Hari Setelah Bangun Pagi

Assalamualaikum, hai semua. Mulakan setiap hari anda dengan minuman air lemon panas setelah bangun pagi. Banyak manfaat yang bakal anda perolehi kelak. Saya dah hampir seminggu amalkan minum air lemon panas ni. Opss sebelum tu tahukah anda bahawa lemon mempunyai lebih banyak kalium daripada epal dan anggur? Fakta menarik ini adalah salah satu daripada banyak sebab mengapa minuman air lemon panas setiap pagi boleh memberi kesan kepada kesihatan anda. Setiap kali anda bangun pagi anda disyorkan minum air lemon panas, ia adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan daya hidup, meningkatkan tenaga dan membersihkan sistem tubuh badan anda. Berikut Manfaat Minum Air Lemon Panas Setiap Hari Setelah Bangun Pagi 1. Membersihkan sistem tubuh badan Air lemon terdapat vitamin dan mineral yang kuat yang mana membolehkan ia bertindak membuang toksin berbahaya dari sistem tubuh badan anda. 2. Melancarkan percernaan Air lemon melancarkan pencernaan serta membantu membersihkan toks...

Petua Tradisional Cara Melegakan Lenguh-Lenguh Badan

Hai semua, ada tak yang sakit atau lenguh-lenguh badan. Hari ini saya nak kongsikan kepada anda petua tradisional cara melegakan lenguh-lenguh badan. Saya rasa ramai yang dah tahu, tapi takpe la saya ingatkan kembali supaya menjadi amalan buat kita semua. Berikut adalah petua tradisional melegakan lenguh-lenguh badan: Bawang merah Ambil 7 ulas bawang merah dan ditumbuk. Dengan kira-kira 6 sudu besar minyak kelapa asli dan goreng hingga bawang itu menjadi hitam. Gunakan minyak itu untuk menggosok di sendi-sendi yang terasa lenguh dan sengal itu. Lada Hitam Lada hitam kira-kira 20 biji ditumbuk hingga menjadi serbuk. Letakkan minyak kelapa dan minyak kayu putih. Gosokkan pada sendi-sendi yang lenguh. Daun Lengkuas Daun lengkuas kira-kira 5 helai, daun serai wangi 3 helai, daun kunyit 5 helai dan daun jerangau 5 helai. Lalu direbus semuanya dalam satu periuk yang besar. Gunakan air itu untuk mandi pada waktu pagi dan petang. Halia Ambil 2 ketul halia kir...

6 Cara Memaksimumkan Aroma Minyak Wangi

Assalamua'alaikum. Hai semua, semoga mewangi selalu. Bila cakap tentang wangian siapa yang tak suka kan. Bila kita pakai minyak wangi ni, kita akan berasa segar dan penuh keyakinan berhadapan dengan orang sekeliling kita. Akan tetapi adakah anda tahu cara yang berkesan memakai minyak wangi agar timbulnya aroma wangi tersebut dan menjadi ia tahan lebih lama. Saya sertakan beberapa cara memaksimumkan aroma minyak wangi agar lebih berkesan. 6 Cara Memaksimumkan Aroma Minyak Wangi 1) JANGAN PAKAI MINYAK WANGI LEPAS MANDI Lazimnya kita akan pakai minyak wangi selepas mandi kan? Tapi jangan pakai terus lepas mandi ya. Biarkan badan agak kering seketika di mana badan masih dalam keadaan lembap, barulah kita pakai minyak wangi. Pada waktu ini, kulit akan mengeluarkan minyak semulajadi daripada badan. Teknik ini adalah untuk mendapatkan aroma yang lebih segar dan clean pada badan kita. 2) JANGAN PAKAI MINYAK WANGI LEBIH DARIPADA SATU PADA SATU MASA Sebenarnya tak menjadi kesalah...

7 Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin

Assalamua'alaikum semua. Buat wanita bagaimana nak kembali langsing selepas bersalin? Dah dapat baby comel dan bahagia apabila bergelar seorang ibu, tetapi terselit perasaan bimbang badan akan bertambah naik. Tubuh badan yang langsing memang menjadi idaman setiap wanita, bukan sahaja cantik tapi mengelakkan dari datangnya pelbagai penyakit. Sabar, mau relax jer jangan putus asa. Amalkan tips yang saya bagi ni InsyaAllah boleh kurus dan langsing. Hehehe. Semangat mau ada. 7 Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin Relax dan Santai Untuk kembali langsing bukanlah semudah yang disangka. Tubuh badan anda telah melalui perubahan besar selama 9 bulan ketika hamil, jadi janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dengan cepat. Ianya memerlukan sedikit waktu, bersemangat dan bersabar, so santai dan mau relax jer. Ambil Protein Anda boleh cuba ayam atau ikan. Sebagai contoh seperti ikan salmon merupakan Omega 3 yang terbukti dapat membantu anda menurunkan ber...

Atasi Masalah Eyebag Atau Mata Tidak Bermaya

Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah eyebag atau mata tidak bermaya serta bengkak dan menjadi lingkaran hitam dibawah mata. Ianya sering kali berlaku pada mereka yang menghadapi masalah kurang tidur dan tidak mendapat rehat yang mencukupi. Bagaimana Mengatasi Masalah Ini Ikuti tips ringkas dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur anda. Hihihi 1. Minum Air Putih Dengan cara minum air putih ini ia dapat mempercepatkan proses pemulihan bengkak pada mata. 2. Timun Timun memang baik pada kesihatan, ia juga dapat mengatasi masalah pada mata. Caranya dengan meletakkan timun yang dipotong ke dalam peti sejuk dan biar seketika, apabila dah sejuk letak pada mata. Biarkan mata rehat seketika. 3. Kentang Kentang dikupas terlebih dahulu, bersihkan dan biarkan kering sebelum ianya di parut. Setelah selesai di parut ambil parutan tadi dan dibungkus dengan kain lalu diletakkan pada mata. 4. Garam Ambil 1/2 sudu teh garam dan masukkan ke dalam 1/2 liter ...

Petua Tradisional Untuk Menghilangkan Sakit Gout Dengan Cepat

Petua Tradisional Untuk Sakit Gout . Istilah Gout berasal dari bahasa latin iaitu "gutta" yang bermakna "setitis". Dalam kebanyakkan kes penyakit gout memang menyakitkan dan hanya menjejaskan satu sendi ibu jari kaki dan bahgian buku lali kaki. Penyakit gout ini disebabkan pengumpulan asid urik pada sendi-sendi. Peningkatan usia, obesiti, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain adalah faktor aras asid urik yang tinggi. Tanda-tanda Dan Gejala mengalami demam gred rendah sakit yang melampau pada sendi bengkak dan kemerahan pada sendi menyerang pada ibu jari kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dab tulang belakang. Peringkat-peringkat Gout 1. Asimptomatik Pada peringkat ini aras asid urik plasma bertambah tetapi tanpa sebarang gejala yang dapat dirasai. 2. Akut Biasanya ia menyerang dengan tidak teruk dan cepat hilang. 3. Interkritikal Pada tahap ini serangan kedua mungkin berlangsung beberapa bulan atau beberapa tahun dari serangan...

Petua Kuruskan Badan Dengan 5 Jenis Buah ini

Petua Kuruskan Badan Dengan 5 Jenis Buah ini . Cara yang paling berkesan kuruskan atau menurunkan berat badan adalah dengan pengambilan buah-buahan. Saya senaraikan 5 jenis buah-buahan yang boleh membantu anda kurus serta menyihatkan badan. Petua Kuruskan Badan Dengan 5 Jenis Buah ini tembikai lemon pisang kurma strawberry Tembikai Antara buah yang mengandungi air yang sangat banyak. Kandungan airnya yang tinggi sangat berkesan mengekalkan hidrasi dalam badan kita. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan dipercayai boleh mengurangkan sembelit. Jangan biarkan perut anda berasa lapar, jadi pengambilan buah tembikai dapat mengurangkan kuantiti makanan anda dan ia juga membantu menurunkan berat badan anda. Boleh buat jus atau makan begitu saja. Lemon Amalkan minum air lemon kerana ia membantu membuang toksin secara semulajadi dalam bentuk air kencing. Lemon membantu menahan dari lapar dan ia sangat penting bagi mereka yang serius untuk turunkan berat badan dalam menga...

Petua Atau Kaedah Merawat Resdung

Diakhir-akhir ini saya kerap bersin dan selsema. Ada kawan mengatakan saya ada penyakit resdung, tak mungkin la. Tetapi, apabila melihat tanda-tanda penyakit resdung ni ada jugak yang betul. Ramai tidak memandang serius tentang penyakit ni termasuk saya sendiri, sebenarnya ia boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya jika tidak dirawat. Penyakit resdung juga dikenali sinusitis. Resdung adalah sejenis penyakit dimana terjadinya randangan atau ketidakselesaan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinus bermaksud rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Lendir biasanya dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung. Tanda-Tanda Penyakit Resdung hidung berhingus dan selalu tersumbat sakit atau berasa berat di kawasan mata sakit tekak yang berpanjangan sentiasa tidak sedap badan atau demam  alahan kepada habuk dan makanan laut kelemumur yang berterusan g...

Tanda-tanda Penyakit Batu Karang

Apa itu penyakit batu karang? Di Malaysia batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing iaitu buah pinggang dan ureter. Air kencing terbentuk di dalam buah pinggang dan mengalir melalui ureter ke pundi kencing sebelum dikeluarkan. Batu karang terbentuk apabila terdapat bahan-bahan tertentu yang mempunyai kepekatan tinggi di dalam air kencing lalu terbentuknya kristal. Kepekatan air kencing yang tinggi ini berlaku pada mereka yang kekeringan kerana kurang pengambilan cecair. ada beberapa jenis batu karang seperti, asid urik, kalsium oxalate dan cystine. Tanda-tanda atau simptom batu karang Biasanya pesakit batu karang di buah pinggang akan berasa sakit dan sengal-sengal di belakang. Ada juga yang merasa sakit pada testikel atau sepanjang zakar semasa kencing. Batu yang kecil boleh dengan sendirinya tanpa rasa sakit, manakala batu lebih besar yang tidak boleh keluar dengan sendirinya mungkin akan tersekat di dalam ureter lalu menyebabkan halangan. Pesakit juga ak...

Tips Kuruskan Badan Secara Semulajadi

Anda gemuk atau boroi, berat badan anda berlebihan dan berlemak! saya kongsikan kepada anda sedikit tip atau petua untuk anda kuruskan badan anda secara semulajadi tanpa memerlukan kos yang tinggi. Jeng jeng jeng cuba jangan tak cuba ye. 1. Limau Nipis Ambil 1 biji limau nipis dan belah empat. Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh suam yang pekat tanpa gula. Minum setiap malam sebelum tidur. 2. Daun Delima Ambil dua lembar daun delima muda, cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam dan tapis. Amalkan minum dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas. 3. Nenas Sediakan nenas yang tidak terlalu masak, kupas dan bersihkan. Potong mengikut keperluan dan parut untuk diambil jusnya. Minum dua kali sehari. 4. Halia Caranya, rebus 5 inci halia yang sudah dibuang kulitnya dengan 3 gelas air, sehingga menjadi kurang dari segelas dan minum ketika masih suam. Amalkan setiap hari selepas makan. ...

Tips Hilangkan Parut Jerawat

Apabila berbicara tentang masalah jerawat memang tidak disukai ramai terutamanya dikalangan remaja. Jerawat yang sudah matang atau pecah ia meninggalkan kesan parut jerawat di muka atau di bahagian lain.Banyak cara dan kaedah untuk menghilangkan kesan parut ini, hinggakan ada yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk merawat parut jerawat. Jom kita lihat pelbagai cara atau petua bagi menangani masalah ini: 1. Timun Timun dikisar dan ditapis airnya. Tampalkan hampas timun tadi pada muka, biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam. 2. Madu Ambil sedikit madu, campurkan dengan bedak sejuk. Tekapkan campuran tadi di tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan dua hari sekali. 3. Daun sirih muda Tumbuk beberapa helai daun sirih muda dan tempelkan pada muka yang terdapat kesan jerawat. Setelah kering dengan air bersih.Lakukan 2 atau 3 kali seminggu. 4. Kulit kayu manis Beberapa batang kulit kayu manis ditumbuk sehingga halus dan menjadi serbuk. Campurkan deng...

Hilangkan Kedut di Muka

Selalunya kedut di muka adalah bahagian pertama yang menjadi tumpuan pandangan seseorang. Kedut ni terjadi tidak kira lelaki atau perempuan yang sudah berumur dan sangat takut untuk kelihatan tua. Sebenarnya tidak susah untuk kedut-kedut di muka ini asalkan rajin melakukannya. Bagaimanakah cara menghilangkan kedut di muka anda? Ambil sebiji lobak merah, parut sehingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji telur kuning. Campurkan semua ramuan itu dan kacaukan sehingga sebati. Sapukan ditempatkan yang berkedut itu atau diseluruh bahagian muka. Biarkan selama 15 atau 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Cara ini hendaklah selalu dilakukan untuk menghilangkan kedut-kedut tersebut dan wajah akan kelihatan berseri-seri. InsyaAllah.. Bagi golongan muda pula, masalah jerawat memang tidak dapat dielak sehingga meninggalkan kesan parut di wajah. Bagaimana mengatasi masalah ini? ada saya perkatakan di dalam entri Parut Jerawat Selamat Mencuba.

Cantikkan Kulit Muka

Assalammualaikum Kulit yang cantik siapa yang tidak mahu, ramai yang berusaha untuk kelihatan cantik. Selalunya kulit di muka yang banyak memberi masalah kepada kita. Contohnya seperti yang selalu terjadi ialah kulit muka berjerawat dan berminyak. Jom kita lihat tips atau petua ini .. 1. Cerahkan Muka Campurkan lemon dan madu, lalu sapukan pada cotton mask atau tisu lembap. Letak mask atau tisu tadi di muka selama 10 minit, lalu bilas muka dengan air bersih. 2. Kulit Muka Berminyak dan Berjerawat Campurkan perahan lemon dan putih telur lalu sapukan pada muka menggunakan berus dan biarkan selama 10 minit. Bilaskan muka menggunakan air bersih. 3. Kulit Muka Kering Campurkan mayonis dan minyak zaitun atau baby oil, lalu sapukan campuran tadi pada wajah anda menggunakan berus. Biarkan selama 10 minit kemudian bilas muka dengan air bersih. 4. Menghilangkan Parut Jerawat Campur dua sudu yogurt bersama dua sudu besar lemon lalu sapukan pada wajah, biarkan 10 minit kemudian bil...

Cara Hilangkan Penyakit Migrain

Boleh dikatakan ramai orang sakit kepala atau menghidap penyakit migrain ni, memang perit kadang-kadang hendak membuat sesuatu kerja akan berasa tidak menyenangkan. Ada sedikit sebanyak cara atau petua untuk hilangkan penyakit migrain, ia terbukti boleh digunapakai. Berikut adalah caranya, jom kita lihat: 1. Merendamkan Tangan Dalam Air Dingin Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk. Ini membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. 2. Berada Dalam Bilik Gelap Semasa serangan migrain berlaku cubalah bergelap di dalam bilik. Cahaya berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala. 3. Mengambil Sedikit Kafein Jumlah pengambilan kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat, tetapi jumlah yang sedikit sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat. 4. Cari bahan-bahan berikut : Kacang hijau Lada hitam Garam kasar Semua bahan itu diisi atas surat khabar dan dipijak dengan kaki sambil berselawat. Migrain tersebut akan beransur pulih seperti sediakala. Selamat Men...

Susah Bangun Pagi

Anda mungkin seorang yang liat dan susah bangun pagi, pada kebiasaannya ia berlaku kepada kebanyakkan remaja pada masa kini. Puncanya disebabkan mereka sentiasa mengulangkaji hingga lewat malam menyiapkan tugasan dan juga aktiviti bersama rakan-rakan. Seterusnya menyebabkan kitaran tidur terganggu. Apabila terganggu ia boleh menyebabkan masalah seperti badan menjadi lemah tidak bermaya, berasa mengantuk dan pening atau sakit kepala. Bagaimana cara mengatasi masalah itu? Latih diri Latih diri dengan bermotivasi dan tetap pendirian, memang agak sukar dan memerlukan masa untuk melihat hasilnya. Guna teknologi Tetapkan penggera berbunyi pada waktu yang sepatutnya. Ini juga membantu diri untuk bangun pada awal pagi. Paksa tidur Cubalah paksa diri untuk tidur dengan lebih awal. Jadualkan rutin harian anda dan tetapkan waktu tidur. Mahu atau tidak, mereka harus mengubah rutin itu dengan mengamalkan polar tidur yang betul. Bukan semua yang berjaya mengubah rutin itu bukan. Jika ...

6 Tips Mudah Putihkan Gigi

Sedikit TIPS PUTIHKAN GIGI bagi anda yang inginkan gigi nampak putih dan bersinar. Tetapi tidak semua tahu kaedah tradisional yang terbukti lebih berkesan berbanding kaedah moden yang banyak menggunakan peralatan canggih. Walaubagaimanapun ia harus di amal dan dilakukan selalu. Mempunyai gigi yang putih bersinar memang menjadi impian bagi semua orang tidak mengira lelaki atau perempuan supaya menaikkan seri wajah dan menambahkan keyakinan bila bercakap hadapan orang. Perkara Yang Membuatkan Gigi Menjadi Kuning merokok kopi dan teh malas menggosok gigi makanan manis alkohol atau minuman bersoda penyakit Amalkanlah tip yang ingin dikongsikan ini : 1. Makan buah atau sayur yang rangup Seperti buah epal, sayuran brokoli dan lobak, bertindak sebagai agen pemutih gigi secara semula jadi. 2. Berkumur selepas makan Amalkan sentiasa, kerana cara ini boleh mengelakkan kotoran atau gigi berlubang. 3. Makan kismis Pengambilan kismis boleh menghilangkan plak pada gigi ...