Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Islamik

Lagu Aisyah Istri Rasulullah Dari Sabyan Yang Menyentuh Hati Ramai Orang

Lagu Aisyah Istri Rasulullah Dari Sabyan Yang Menyentuh Hati Ramai Orang Sejak kebelakangan ini muncul sebuah lagu dakwah yang viral di youtube, sosial media dan sebagainya. Sangat merdu dan sungguh menyentuh hati sesiapa saja yang mendengarnya. Nyanyian dari kumpulan nasyid Indonesia dikenali Sabyan Gambus itu berjaya menambat hati ramai peminat di Indonesia, Malaysia, Brunei dan seluruh dunia. Kumpulan yang pernah mencetus fenomena satu ketika dahulu dengan cover lagu Deen Assalam sekali lagi meletop dengan lagu terbaru iaitu lagu Aisyah Istri Rasulullah . Mari kita hayati lirik lagunya yang menceritakan kasih sayang seorang istri iaitu Aisyah pada suaminya iaitu Rasulullah. Mungkin agak simple liriknya tapi penceritaan yang amat terasa dihati dan dapat dibayangkan kemanisan kasih sayang serta cinta itu. Lirik - Aisyah Istri Rasulullah Huuu… ooo… Mulia indah cantik berseri Kulit putih bersih merahnya pipimu Dia aisyah putri abu bakar Istri rasullullah… Sungguh sw...

Pesanan Dan Nasihat Dari Ustaz Ismail Kamus Yang Menyentuh Hati

Negara kita gempar dengan kematian seorang pendakwah terkenal iaitu Tuan Guru Dato’ Haji Ismail Kamus yang menghembus nafas terakhir pada hari jumaat yang lepas. Beliau banyak menyumbang pada negara melalui kerja-kerja dakwah. Semoga Tuan Guru Dato’ Haji Ismail Kamus diberikan keampunan oleh Allah SWT jua, diangkat pada kedudukan yang tinggi di sisi-Nya, serta dihujani dengan lautan rahmatNya yang tidak bertepi. Berikut Adalah Pesanan Almarhum Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus dalam video yang sempat saya lihat: JANGAN TINGGALKAN 4 AMALAN INI SETIAP HARI 1. Solat jangan tinggal. Solat ni yang kita perlu laksanakan adalah solat fardhu dan solat sunat. Pengorbanan kita adalah solat sunat. Sebab yang fardhu ni dah tentu dah. 2. Baca Al-Quran Sekurang-kurangnya 100 ayat sehari. Sebelum tidur baca 3 Surah ni, Al Mulk, As Sajdah, Al Waqiah. Pagi-pagi baca Surah Yasin. 3. Zikir dan wirid. Ya Allah 100x Lailahaillallah 300x Selawat 100x Istighfar 100x (pada wak...

Kelebihan Dan Keutamaan Istighfar Serta Sayyidul Istighfar

Astaghfirullaahal'adhzim bermaksud "Aku meminta ampunan kepada Allah Yang Maha Agung". Bagi saya Istighfar adalah satu kalimat agung yang paling bernilai. Sebagai seorang muslim Istighfar banyak kelebihan dan perlu diutamakan. Permohonan ampun ini hendaklah dibaca dengan hati yang tulus ikhlas serta diiringi dengan penyesalan atas apa yang telah kita buat dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Ketahui juga terapi hati yang paling berkesan adalah dengan beristighfar. Anda rasakan sendiri suasana hati anda apabila mengucapkan Istighfar. Kelebihan Dan Keutamaan Istighfar 1. Nabi Muhammad SAW bersabda : Setiap penyakit ada ubatnya dan ubatnya dosa adalah istighfar. 2. Nabi Muhammad SAW bersabda : Setiap sesuatu ada perhiasannya dan perhiasan dosa-dosa adalah istighfar. 3. Nabi Muhammad SAW bersabda : Barang siapa yang meminta ampun kepada Allah SWT maka dia pasti mengampunnya walaupun dia melarikan diri dari peperangan. 4. Nabi Muhammad SAW bers...

Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW : Ini Kelebihan Dan Manfaatnya

Sebagai umat Islam kita dianjurkan supaya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Banyak kelebihan dan manfaat yang akan kita perolehi. Kita digalakkan berselawat bukan sahaja waktu solat, tapi juga diluar waktu solat dan dimana-mana sahaja. Bagi saya lebih suka berselawat ketika waktu yang tenang dan sunyi. Memang dapat rasa getaran halus ditengah dada dan fikiran jadi kosong. Anda semua boleh cuba ketika ada masa lapang dan waktu yang sunyi. Perhatikan fikiran dan suasana hati anda ketika berselawat. 30 KELEBIHAN BERSELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW 1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.) 2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita. 4) Setiap ...

15 Amalan Gandakan Pahala Di Bulan Ramadan

Marhaban Ya Ramadan Bulan Ramadan adalah bulan yang paling istimewa bagi seluruh umat Islam. Bukan sahaja hanya dipertemukan setahun sekali, namun beragam amalan di bulan Ramadan ini untuk gandakan pahala. Justeru itu, semua umat Islam selalu berusaha untuk meningkatkan ibadahnya di bulan Ramadan ini. 1. Berpuasa Sepertimana yang kita ketahui puasa adalah kewajiban bagi umat Islam. Namun, di bulan Ramadan, puasa bukan sahaja menambah pahala dan menyihatkan badan, malah boleh menghapus dosa di masa lalu. 2. Bersahur Waktu makan sahur seringkali dianggap biasa, tetapi melaksanakan makan sahur akan mendapatkan keberkahan dari Allah. Hal ini didukung oleh berbagai hadist terpercaya. Maka, agar puasa kita mendapatkan berkah dari Allah, usahakan untuk melaksanakan makan sahur setiap kali berpuasa. 3. Mengakhiri sahur Bangun untuk makan sahur memang terkadang terasa malas. Tidak perlu hairan banyak yang makan sahur sebelum tidur atau pada tengah malam. Pada dasarnya, makan s...

Rahsia Waktu Solat Dan Perubahan Tenaga Alam

Assalamualaikum dan salam cinta kasih dari lubuk hati saya yang paling dalam buat anda semua pembaca sekalian. Sepertimana yang kita tahu, solat wajib didirikan lima waktu sehari semalam, iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Akan tetapi hari ini saya nak memperkatakan tentang rahsia waktu solat dan perubahan tenaga alam semesta ini. Saya pasti ramai diantara kita tidak tahu atau tidak mengambil berat akan hal ini. Mari kita semua selami lebih dalam. 1. SUBUH Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum berwarna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercan...

Kelebihan Bulan Rejab

Kelebihan Bulan Rejab . Seperti mana yang kita sedia maklum bulan Rejab adalah bulan kemuliaan, bulan Rejab juga dinamakan Bulan Allah. Kemuliaan bulan Rejab dengan Israk Mikrajnya, bulan Sya'aban dengan malam Nisfunya, bulan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadhan. Bulan Rejab banyak kelebihan dan manfaatnya sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala. Rasulullah S.A.W bersabda: "Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab" Rasulullah S.A.W bersabda: "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat" Rejab bermaksud Ta'zim iaitu kebesaran, keagungan, dan kemuliaan. Oleh sebab itu Allah limpahkan rahmatnya pada hamba-hambanya yang beramal soleh pada bulan Rejab dengan ...

Kelebihan Puasa Sunat Isnin Dan Khamis

Kelebihan Puasa Sunat Isnin Dan Khamis Assalamua'laikum, berjumpa lagi kita. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Seperti yang yang diperkatakan puasa bukan sekadar pada bulan Ramadhan sahaja, puasa ada yang wajib dan ada yang sunat. Puasa adalah amalan yang penting dan sangat diutamakan. Puasa hari isnin dan khamis adalah amalan sunat yang dilakukan Rasullah s.a.w sendiri serta mempunyai banyak kelebihan dan manfaat. Dengan berpuasa kita akan terlepas dari pelbagai godaan syahwat di dunia dan terlepas dari seksa neraka di akhirat kelak. Insyaallah. Terdapat beberapa perkara penting berpuasa pada hari isnin dan khamis, iaitu hari tersebut adalah hari di mana amalan seorang hamba di angkat. Sesiapa yang berpuasa pada hari isnin dan khamis akan mendapat pahala, tetapi kita tidak akan mendapat dosa jika tidak melakukannya. Kebaikan berpuasa pada hari tersebut sangat banyak seperti mendapat pahala, menyihatkan tubuh badan dan memberi kekuatan mental....

Kelebihan Ayat Kursi

Kelebihan Ayat Kursi. Ayat Kursi ni diturunkan di suatu malam selepas Hijrah. Ketika ayat Kursi diturunkan ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat, kerana kehebatan, kebesaran, kemuliaan dan kelebihan ayat kursi itu sendiri. Para syaitan dan iblis menjadi terkejut serta gempar kerana adanya suatu yang boleh menjadi halangan dalam perjuangan mereka. Rasullullah S.A.W segera memerintah Zaid bin Sabit menulis dan menyebarkannya. Maksud ayat: Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar. Kelebihan Ayat Kursi orang ya...

Kelebihan Surah Al-Fatihah

Seperti yang kita sedia maklum surah Al-Fatihah mempunyai banyak kelebihan. Surah Al-Fatihah mempunyai 7 ayat dan diturunkan di Makkah selepas turunnya surah Al-Muddasir. Surah ini dinamakan Al-Fatihah iaitu pembukaan atan permulaan Al-Quran. Surah ini juga disebut ummul kitab kerana ia merupakan ibu atau inti kepada semua isi Al-Quran. Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat. Maksudnya : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas ...

Pengertian Rukun Islam

Saja saya memilih entri kali ini tentang rukun Islam, tak salah kalau kita sentiasa mengingati dan mengulangi perkara ini yang pada dasarnya telah diketahui ramai. Pada zaman sekarang ada yang buat tidak endah dan ada yang sering meninggal perintahNya dan tidak mentaatiNya. Rukun Islam terdiri daripada lima perkara iaitu:- Mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya. Menunaikan solat fardu lima waktu Berpuasa pada bulan Ramadan Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu Kalimah Syahadah Perintah pertama Allah swt untuk manusia ialah Mengucapkan 2 kalimah syahadah iaitu 'Saya Bersaksi Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad saw Pesuruh Allah'. Setelah manusia mengaku Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya, dia telah melakukan kebaikan terbesar disisi Allah swt. Setelah ini Allah swt menyuruh kita untuk menunaikan Hak Kalimah seperti yang diamalkan Nabi saw iaitu mengajak manusia kepada kebai...

Pengertian Hari Raya Aidilfitri

Assalammuaalaikum dan salam sejahtera. Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa, akan tetapi kita perlu memahami apa maksud atau pengertian Hari Raya Aidilfitri tersebut. Ramai diantara kita seakan-akan terlupa dan tidak mengambil berat terhadap pengertian ini. Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 syawal tahun Hijrah, perayaan ini juga di kenali sebagai Hari Raya Fitrah, Hari Raya Puasa dan Hari Lebaran . Ia merupakan perayaaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak mengira bangsa yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan di mana semua umat Islam di dunia menjalani ibadah puasa. Hari Raya Aidilfitri bermula dengan dua cara iaitu rukyah ataupun hisab. Jika melalui rukyah, apabila kelihatan anak bulan ia menandakan bermulanya bulan Syawal iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah Islam. Apabila Hari Raya ditentukan, semua umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Ia juga merupakan b...

Rahsia Disebalik Memotong kuku

Assalammulaikum.. Harap semua sihat selalu. Sahaja saya pilih entri kali ini mengenai kuku. Ramai dikalangan kita masih belum tahu atau menganggap ia benda yang remeh. Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat. Jika dilakukan mengikut islam (sunnah), maka bertambah-tambah la pahala yang dapat. Tetapi ada rahsia disebalik memotong kuku mengikut hari. RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya: Barang siapa yang memotong kukunya pada ; HARI AHAD Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan HARI ISNIN Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat HARI SELASA Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit HARI RABU Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan HARI KHAMIS Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit HARI JUMAAT Nescaya keluar daripadanya dosa-dosa dan masuk kepadanya Rahmat Allah HARI SABTU Nescaya keluar daripadanya ubat dan masuk kepada...

Kelebihan Malam Lailatul Qadar

MALAM LAILATUL QADAR kelebihan dan tanda-tandanya yang perlu kita tahu. Marilah kita sama-sama merebutnya. Lailatul Qadar atau merupakan salah satu malam penting yang terjadi di sebuah malam pada bulan Ramadhan. Dalam Al Quran dijelaskan mengenai makna serta keistimewaan dari Malam Lailatul Qadar iaitu suatu malam dimana malam ini adalah merupakan malam yang memiliki keutamaan dan keistimewaan yang luar biasa, iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan atau juga dikatakan sebagai malam yang penuh kemuliaan. Kelebihan Malam Lailatul Qadar 1. waktu diturunkan Al-quran 2. malam lebih baik daripada seribu malam 3. malam penuh keberkatan 4. dosa diampunkan 5. turunnya Jibril dan Para Malaikat Tanda Malam Lailatul Qadar 1. Pada salah satu 10 malam terakhir bulan Ramadhan 2. Pada tarikh genap atau ganjil bulan Ramadhan 3. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas 4. Alam terang benderang walaupun berada di tempat gelap 5. Segala yang ada di bumi dan langit bagaik...