Skip to main content

Petua Kuruskan Badan Dengan 5 Jenis Buah ini

Petua Kuruskan Badan Dengan 5 Jenis Buah ini. Cara yang paling berkesan kuruskan atau menurunkan berat badan adalah dengan pengambilan buah-buahan. Saya senaraikan 5 jenis buah-buahan yang boleh membantu anda kurus serta menyihatkan badan.

Petua Kuruskan Badan Dengan 5 Jenis Buah ini

  • tembikai
  • lemon
  • pisang
  • kurma
  • strawberry


Tembikai
Antara buah yang mengandungi air yang sangat banyak. Kandungan airnya yang tinggi sangat berkesan mengekalkan hidrasi dalam badan kita. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan dipercayai boleh mengurangkan sembelit. Jangan biarkan perut anda berasa lapar, jadi pengambilan buah tembikai dapat mengurangkan kuantiti makanan anda dan ia juga membantu menurunkan berat badan anda. Boleh buat jus atau makan begitu saja.


Lemon
Amalkan minum air lemon kerana ia membantu membuang toksin secara semulajadi dalam bentuk air kencing. Lemon membantu menahan dari lapar dan ia sangat penting bagi mereka yang serius untuk turunkan berat badan dalam mengawal pengambilan kalori berlebihan semasa berdiet. Amalkan meminum jus lemon ini dalam kehidupan seharian anda.


Pisang
Pisang banyak manfaatnya ia berfungsi memberi tenaga segera dan juga dapat mengelakkan dari kekejangan otot semasa bersenam. Pisang juga sangat membantu dalam sistem penghadaman kerana tinggi nilai seratnya. Selain itu pisang sangat membantu mengelakkan menurunkan tekanan darah dan mengelakkan sakit jantung kerana kandungan potassium yang tinggi dan garam yang rendah. Sangat bagus kerana pisang memberi tenaga kepada sesiapa yang mengamalkan diet sihat.


Kurma
Rasulullah SAW mengamalkan memakan kurma dan ia adalah salah satu dari makanan sunnah. Walaupun kecil, kurma sangat tinggi kandungan nutrisinya. Kurma membantu usus berfungsi dengan lebih efisien. Kandungan magnesiumm dan potassium yang tinggi juga membantu untuk kesihatan jantung. Kurma sangat bagus diamalkan terutama kanak-kanak kerana ia dapat meningkatkan kesihatan otak supaya lebih fokus dan cerdas.


Strawberry
Seperti yang kita sedia maklum, buah strawberry mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi. Vitamin C baik untuk kulit dan membantu mengekalkan imunisasi badan kita. Strawberry juga membantu melancarkan sistem penghadaman. Kandungan gula, garam dan kalori yang rendah sangat membantu untuk proses penurunan berat badan. Amalkannya selalu.


Selain pengambilan buah-buahan, amalkan diet yang seimbang dan pemakanan yang sihat dalam proses kuruskan badan.
Semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...