Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Semasa

Lagu Aisyah Istri Rasulullah Dari Sabyan Yang Menyentuh Hati Ramai Orang

Lagu Aisyah Istri Rasulullah Dari Sabyan Yang Menyentuh Hati Ramai Orang Sejak kebelakangan ini muncul sebuah lagu dakwah yang viral di youtube, sosial media dan sebagainya. Sangat merdu dan sungguh menyentuh hati sesiapa saja yang mendengarnya. Nyanyian dari kumpulan nasyid Indonesia dikenali Sabyan Gambus itu berjaya menambat hati ramai peminat di Indonesia, Malaysia, Brunei dan seluruh dunia. Kumpulan yang pernah mencetus fenomena satu ketika dahulu dengan cover lagu Deen Assalam sekali lagi meletop dengan lagu terbaru iaitu lagu Aisyah Istri Rasulullah . Mari kita hayati lirik lagunya yang menceritakan kasih sayang seorang istri iaitu Aisyah pada suaminya iaitu Rasulullah. Mungkin agak simple liriknya tapi penceritaan yang amat terasa dihati dan dapat dibayangkan kemanisan kasih sayang serta cinta itu. Lirik - Aisyah Istri Rasulullah Huuu… ooo… Mulia indah cantik berseri Kulit putih bersih merahnya pipimu Dia aisyah putri abu bakar Istri rasullullah… Sungguh sw...

Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat Disambung Lagi Sehingga 9 Jun 2020

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tamat Khamis ini dilanjutkan sehingga 9 Jun depan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan untuk lanjutan PKPB selama sebulan lagi itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). "Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Jun 2020. "Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya dalam Perutusan Khas hari ini. PKPB mula dilaksanakan 4 Mei lalu dan kebanyakan sektor telah dibenarkan beroperasi namun perlu mematuhi SOP ditetapkan. Penetapan PKPB juga menyaksikan tiada lagi larangan perjalanan selepas jam 10 malam atau pergerakan rentas daerah. Sumber : Sinar Harian Apa-apa pun kita syukuri saja apa yang baik, dan kita redhai apa pun yang ta...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 62

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 62 Assalamualaikum semua, hai. Alhamdulillah rakyat Malaysia bakal ,menyambut Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun. Pada tahun 2019 ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62 kalinya. Tema Hari Kemerdekaan 2019 Tema Hari Kemerdekaan pada tahun 2019 ini adalah Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih Logo di atas menunjukkan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati dihadapan menyatukan mereka. Ianya membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang pada negara. Ianya juga menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama disamping dapat memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi. Saya disini mendoakan kesejahteraan negara supaya kita hidup kekal aman dan harmoni. Aamin...

3 Jun 2019 Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal

Tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, tak sabar rasanya dan tarikh melihat anak bulan Syawal telah pun ditetapkan. Tarikh melihat anak bulan Syawal adalah pada petang Isnin, 3 Jun bersamaan 29 Ramadan 1440 Hijrah, menurut kenyataan daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Kuala Lumpur, hari ini. Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio serta televisyen. Sebanyak 29 tempat dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor: Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah ...

Google Gantung Operasi Perniagaan Dengan Huawei, Buatkan Pengguna Tidak Senang Duduk

Google Gantung Operasi Perniagaan Dengan Huawei Google telah menggantung operasi perniagaan bersama Huawei dengan serta-merta sekaligus memaksa jutaan pengguna peranti telefon pintar itu menerima impak dramatik. Menurut sumber, Huawei akan kehilangan akses kepada kemas kini sistem pengendalian Android. Selepas ini, telefon pintar Huawei versi luar China akan kehilangan akses kepada aplikasi dan perkhidmatan popular termasuk aplikasi Google Play Store dan Gmail. Ini bermakna tiada lagi kemas kini keselamatan Android untuk peranti yang baru dan lama termasuk model yang baru dilancarkan iaitu P30 dan P30 Pro, Mate 20 Pro dan banyak lagi. Google mengambil tindakan berkenaan selepas pengumuman Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat pada Rabu lalu yang meletakkan Huawei dalam senarai hitam perdagangan berikutan pesanan eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Sumber : Buletin TV3

Bantuan Khas Rm450 Sempena Aidilfitri Buat Penjawat Awam

Penjawat awam boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan bantuan khas Rm450 sempena Aidilfitri. PUTRAJAYA: Kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri. Pejabat Perdana Menteri memaklumkan seramai 800,000 pesara kerajaan akan turut menikmati bantuan khas berjumlah RM225 sebagai menghargai jasa perkhidmatan golongan itu. “Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Pejabat Perdana Menteri berkata, bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta. Pagi tadi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan akan memberi bonus kepada penjawat awam dan pesara sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. Minggu lalu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bo...

Tragedi 6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

Al-Fatihah dan Salam Takziah. Semalam kita digemparkan dengan berita kejadian 6 anggota bomba Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas ketika terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong. BERIKUT ialah kronologi tragedi 6 anggota bomba lemas. 6.30 petang Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana selepas menerima panggilan kecemasan berhubung seorang remaja lemas. 8.55 malam Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), empat daripadanya dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua dari Shah Alam tiba di lokasi mencari dan menyelamat (SAR). 9.15 malam Pasukan PPDA selesai menyiapkan kelengkapan dan mula turun untuk selaman di lombong bagi mencari mangsa. - Anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain. - Tali dihulurkan perlahan-lahan dari tebing ketika pihak scuba merapatkan diri di tempat mangsa jatuh. ...

Jom Serbu Jualan Tahun Baru 2018 Lazada Diskaun Sehingga 80%

Jom Serbu Jualan Tahun Baru 2018 Lazada Diskaun Sehingga 80% Laman shopping yang popular Lazada kini mengadakan Jualan Tahun Baru 2018. Anda akan menikmati potongan diskaun sebanyak 80%. Wow best kan. Promosi Jualan Tahun Baru 2018 Lazada ini telah pun bermula dari 1 haribulan sehingga 5 haribulan Januari 2018. Promosi menarik dan tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori, seperti barangan rumah, pakaian, alat permainan dan banyak lagi. Dah tak sabar-sabar, nak tengok apa lagi yang ada promosi di Lazada , anda boleh klik banner di bawah dan terus ke laman Lazada . Rugi sungguh kalau terlepas. Jom shopping di Lazada sekarang juga, jangan menyesal jika banyak barangan yang habis nanti ye.

Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali

Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali Kau mencuba lagi Memanggil kembali Disaat engkau sunyi Lagi kau cuba lagi ku tak perduli Aku tak mengerti Apa kau mahu lagi Kau pematah hati Mahu tak mahu mahu dirimu lagi (to me to me to me to me to me to me) (to me to me to me to me to me to me) (to me to me to me to me to me) Woo. wooo. Jujurnya aku suka Masih pada dirinya Walau benar berbeza Langit dan utara Jujurnya aku suka Masih pada dirinya Pasti kau tak tahu Aku tahu tentang perangaimu Kau mencuba lagi Memanggil kembali Disaat kau sunyi Lagi kau cuba lagi ku tak perduli Aku tak mengerti Apa kau mahu lagi Kau pematah hati Mahu tak mahu mahu dirimu lagi (to me to me to me to me to me to me) (to me to me to me to me to me to me) (to me to me to me to me to me) Woo. woo. Jujurnya aku suka Masih pada dirinya Walau benar berbeza Langit dan utara Jujurnya aku suka Masih pada dirinya Pasti kau tak tahu Aku tahu tentang perangaimu Mungkinkah...

Aliff Aziz Ditahan Polis, Cederakan Isteri

Aliff Aziz Ditahan Polis, Cederakan Isteri KUALA LUMPUR 28 Julai - Penyanyi terkenal Aliff Aziz ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah yang baru 20 hari melahirkan bayi lelaki mereka. Artis yang berasal dari Singapura itu dilaporkan memukul isterinya yang masih di dalam pantang selepas berlaku pergelutan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras. Difahamkan, Bella,23, telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras selepas mendakwa dia dipukul oleh Aliff, 26, sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan lutut. Sebelum kejadian, Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain. Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti. “Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin me...

Air Jagung Padu Memang Ketagih

Air Jagung Padu Memang Ketagih . Minuman air jagung memang menyegarkan dan menghilangkan dahaga sesuai dinikmati ketika cuaca panas. Sekali minum boleh ketagih, meleleh baq hang. Air jagung Padu minuman yang lemak manis ini semakin diminati dan menjadi minuman kegemaran ramai orang. Sambutan memang menggalakkan dan boleh menjana pendapatan. Seperti gambar di atas, Air Jagung Padu diusahakan sepasang suami isteri berhadapan balai polis Menglembu, Ipoh Perak. Di buka pada jam 12 tengah hari sehingga pukul 5 petang. Bagi penduduk di sekitarnya jika ingin merasai nikmat Air Jagung Padu ini boleh pergi ke tempat tersebut atau ingin membuat tempahan boleh hubungi Dee 014-6037506 Air Jagung Padu ini dijual serendah Rm2 sehingga Rm6 dalam bentuk cawan dan juga botol. Botol kecil Rm3 dan botol besar Rm6. Memang menghilangkan dahaga dan terasa syahdu ketika menikmatinya. Layan habis. Apa tunggu lagi, jom serbu Air Jagung Padu SUPERPEKAT SUPERKAW SUPERPADU Bagi yang ingin menjana ...

Manfaat Dan Keburukan Fidget Spinner

Fidget spinner antara permainan yang unik dan menjadi fenomena baru pada masa kini dikalangan kanak-kanak, para remaja malah pada orang dewasa. Ada dikalangan pemain fidget spinner ini mengatakan ia boleh menghilangkan rasa bosan dan juga stress. Namun ada manfaat dan keburukan bermain fidget spinner ini. Sebelum itu kita kenal dulu maksud fidget iaitu gelisah atau kebosanan serta tindakan pergerakan secara tidak sedar yang dilakukan seseorang atas sifat gelisah dan kebosanan tadi. Disebabkan itu saya pun terasa ingin mencuba dan merasai sendiri permainan ini. Masa menaip artikel ni memang saya tengah memegang spinner milik saya yang dibeli dengan harga rm10 sahaja, lihat gambar di atas. Ok la tu kan, buat apa beli mahal-mahal hanya ingin merasai nikmat permainan ini saja. Cara bermainnya begitu mudah, hanya memegang pada bahagian tengah dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk saja serta memutarnya dengan jari tengah. Kalau susah sangat guna tangan sebelah lagi. Fidget s...

3 Sebab Kenapa Perlu Guna Purse Atau Travel Perfume

Assalammualaikum, hai semua. Selamat berpuasa yer, ada yang tak puasa ke? Jangan lupa ganti ok. Mungkin ramai yang minat dengan perfume tapi masih lagi mencari-cari perfume yang sesuai dengan bajet yang rendah. Ok saya syorkan purse atau travel perfume, macam mini perfume la kecil molek cun melecun. Ada 3 Sebab Kenapa Perlu Guna Purse Atau Travel Perfume ni. Purse atau travel perfume ini bersaiz mini yang berisipadu 20ml dari pelbagai jenis wangian antarabangsa. Wangian mewah dengan harga jimat. Berikut adalah 3 Sebab Kenapa Perlu Guna Purse Atau Travel Perfume : 1. MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI Salah satu cara di alam semesta ini bagaimana untuk membuatkan diri anda ceria, gembira dan berkeyakinan setiap hari adalah dengan memakai perfume. Kajian menunjukkan salah satu fungsi perfume adalah untuk meningkatkan aura keyakinan diri. Hah tudia, bila anda dah wangi, automatik aura wangian itu akan membuatkan anda rasa selesa, yakin, konfiden dan lebih fokus. 2. KECIL DAN MUDAH DI BA...

Harga Minyak Naik Sebanyak 5 Sen Mulai 1 Julai 2016

Harga Minyak Naik Sebanyak 5 Sen Mulai 1 Julai 2016, Harga minyak bagi semua jenis iaitu RON95. RON97 dan diesel masing-masing akan naik sebanyak 5 sen seliter berkuatkuasa malam ini. Dengan kenaikan itu, kini harga bagi minyak petrol RON95 ialah Rm1.75, RON97 Rm2.10 manakala diesel Rm1.60. Ia adalah kenaikkan pertama sejak dari April lalu.

Gempar..!! Peniaga Durian Meludah Isi Durian Sebelum Jual

Gempar..!! Peniaga Durian Meludah Isi Durian Sebelum Jual . Ni ape kes plak, macam-macam hal la sekarang ni. Seorang lelaki dipercayai pekerja gerai durian meludah pada isi durian sebelum dibungkus. Macam tu pun ada ke, ape hal..!! Kejadian berlaku di Taman Sri Gombak. Perkara tersebut menjadi viral apabila rakaman video perbuatannya itu tersebar di laman sosial. Di dalam rakaman video tersebut dia seolah-olah meludah pada isi durian sebelum dibungkus dengan plastik. Tindakannya itu mendapat reaksi orang ramai dan berlaku sedikit kekecohan di gerai tersebut. Tinjaun didapati peniaga tersebut telah mengemas dan mengangkut barang-barang jualan mereka apabila diserbu oleh orang ramai yang marah dengan perbuatan kotor pekerja durian itu. Oleh itu pihak polis terpaksa campur tangan bagi meredakan keadaan. Rakaman video yang menjadi viral di laman sosial

Penyokong Bolasepak Kedah Bersuara Isu Penajaan D'Herbs Holding

Penyokong Bolasepak Kedah Bersuara Isu Penajaan D'Herbs Holding yang membelenggu Persatuan Bola Sepak Kedah KFA sekarang ini. Apa dah jadi? Ini disebabkan tindakan KFA dan kerajaan Negeri Kedah menolak tajaan sebanyak 30 juta dari pemilik D'Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, Terlajak Laris..!!! Kemelut isu penajaan ini menimbulkan rasa kurang senang dan kurang berpuas hati dari para penyokong setia bola sepak Kedah. Mereka meluahkan apa yang mereka rasa dan apa yang mereka nampak tentang semangat dan kesungguhan D'Herbs Holding untuk menaja bola sepak Kedah. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden KFA Datuk Seri Ahmad Bashah : Kenyataan tentang penolakan penajaan ini mendapat sambutan hangat dari para penyokong Kedah di halaman rasmi facebook KFA yang mendesak Presiden KFA supaya berundur dengan hashtag #UndurPresidenKFABashah. Ini pula penjelasan dari Presiden KFA, YAB Dato' Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mengenai isu tajaan D'herbs dan kome...

Tema dan Logo Rasmi Hari Kemerdekaan 2015

Tema dan Logo Rasmi Hari Kemerdekaan 2015 .Dah masuk bulan Ogos ni selalu dikatakan bulan kemerdekaan iaitu disambut pada 31 ogos. Tapi tak macam dulu, agak kurang bersemangat. Tema bagi sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah #sehatisejiwa. Pemilihan tema #sehatisejiwa ini telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Ia lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati dikalangan rakyat Malaysia. Tema #sehatisejiwa mencerminkan perpaduan, persefahaman, kekitaan dan kemanusiaan terhadap seluruh rakyat di negara ini, selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Inilah Logo Rasmi Hari Kemerdekaan 2015 Bersama-samalah kita menghayati tema #sehatisejiwa dan juga membangkitkan semangat kemerdekaan pada setiap rakyat Malaysia.

Huawei P8 Lite

Huawei bukanlah jenama asing lagi, ia telah mencipta nama di dalam industri mudah alih dengan beberapa peranti yang berkualiti. Huawei telah memperkenalkan di mata dunia smartphone terbarunya iaitu Huawei P8 Lite yang menjadi pesaing antara smartphones tercanggih yang lain. Kini Huawei P8 Lite menjadi pilihan alternatif buat peminat gadget. The Huawei P8 Lite datang dengan konfigurasi berikut : Specs : -5.0-inch 720p HD screen -Android 4.4 Kit Kat -Powerful Octa-core Qualcomm® Snapdragon™ 615 processor -2GB RAM -16GB Storage -Ultra-fast 4G LTE connectivity with support for all US GSM LTE bands -Intuitive and easy-to-use Emotion UI 3.0 interface -2200mAh battery with ultra-power saving mode -Unique photo capture options including: -All Focus: Change the focal point of saved images -Ultra Snapshot: access the camera instantly, even from sleep mode -13MP rear/5MP front-facing camera -7.7mm ultra-slim, 2.75mm narrow bezel design -Dual-SIM/SIM+Expandable MicroSD up to 32...

Liverpool vs Malaysia Pada 24 Julai 2015

Buat peminat dan penyokong setia Liverpool, saya pasti anda dah tak sabar serta tertunggu-tunggu untuk menyaksikan perlawanan persahabatan Liverpool menentang Pilihan Malaysia pada 24 Julai nanti. Kelab gergasi England itu akan beraksi di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur jumaat ini sempena jelajah pramusim The Reds ke Asia. Di Malaysia, pasukan Liverpool mempunyai peminatnya tersendiri. Mungkin ada diantara anda masih mengingati bintang lagenda Liverpool seperti Robbie Fowler, Ian Rush dan Michael Owen yang membuat anda masih setia menyokong kelab gergasi England ini. Dijangka sidang akhbar rasmi akan diadakan pada pukul 5.30 petang pada hari Rabu bersama pengurus pasukan The Reds, Rodgers dan kapten kelab iaitu Jordan Henderson. Perlawanan tersebut akan bermula pada pukul 8.45 malam di Stadium Bukit Jalil, nantikan perlawanan itu dan saya berharap kedua-dua pasukan beraksi dengan cemerlang.

Arda Turan Tandatangani Bersama Barcelona

Juara Eropah, FC Barcelona telah mencapai kata sepakat dan persetujuan dengan Atletico Madrid serta mengumumkan menandatangani kontrak dengan pemain itu. Arda Turan menandatangani kontrak bersama FC Barcelona selama lima tahun, dengan yuran perpindahan sekitar 35 juta euro. Turan meninggalkan Atletico selepas empat tahun, di mana beliau memenangi gelaran Sepanyol dan mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Pemain berusia 28 tahun itu menandatangani musim panas kedua Barca berikutan pemindahan Aleix Vidal dari Sevilla . Arda Turan adalah seorang pemain bola sepak Turki yang bermain untuk kelab Sepanyol Barcelona sebagai pemain tengah dan adalah kapten pasukan kebangsaan Turki. Beliau lebih dikenali untuk kawalannya bola , kemahiran menggelecek , dan penglihatan yang baik. Dilahirkan : 30 Januari 1987 (umur 28 ) , Istanbul , Turki Ketinggian : 5 ' 10 "( 1.77 m) Warganegara: Turki Berat : 168 lbs ( 76 kg) Gaji: EUR 2.5 juta (2012 ) Pasukan semasa : Atletico Madrid...