Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Informasi

10 Khasiat Daun Kari Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

10 Khasiat Daun Kari Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu Apabila menyebut tentang daun kari, kebanyakan orang hanya menganggapnya sebagai penyedap masakan seperti kari ayam, kari ikan atau sambal. Namun, tahukah anda bahawa khasiat daun kari sebenarnya sangat banyak dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional? Daun kari mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, zat besi, kalsium, fosforus serta antioksidan yang membantu menjaga kesihatan tubuh secara semula jadi. Jom ketahui 10 khasiat daun kari yang mungkin anda belum tahu. 1. Kaya Dengan Antioksidan Daun kari mengandungi antioksidan semula jadi yang membantu melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik. 2. Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah Salah satu khasiat daun kari yang sering dikaji ialah potensinya membantu mengawal paras gula dalam darah. Pengambilan sec...

Manfaat Minum Air Lemon Panas Setiap Hari Setelah Bangun Pagi

Assalamualaikum, hai semua. Mulakan setiap hari anda dengan minuman air lemon panas setelah bangun pagi. Banyak manfaat yang bakal anda perolehi kelak. Saya dah hampir seminggu amalkan minum air lemon panas ni. Opss sebelum tu tahukah anda bahawa lemon mempunyai lebih banyak kalium daripada epal dan anggur? Fakta menarik ini adalah salah satu daripada banyak sebab mengapa minuman air lemon panas setiap pagi boleh memberi kesan kepada kesihatan anda. Setiap kali anda bangun pagi anda disyorkan minum air lemon panas, ia adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan daya hidup, meningkatkan tenaga dan membersihkan sistem tubuh badan anda. Berikut Manfaat Minum Air Lemon Panas Setiap Hari Setelah Bangun Pagi 1. Membersihkan sistem tubuh badan Air lemon terdapat vitamin dan mineral yang kuat yang mana membolehkan ia bertindak membuang toksin berbahaya dari sistem tubuh badan anda. 2. Melancarkan percernaan Air lemon melancarkan pencernaan serta membantu membersihkan toks...

Cara Mudah Buat Dark Mode Whatsapp

Sejak kebelakangan ini trending dengan tampilan whatsapp dark mode atau mode gelap. Tampilan ini dirancang untuk mengurangkan ketegangan da tekanan pada mata dengan cahaya rendah supaya pengguna lebih merasa nyaman. Cara Mudah Buat Dark Mode Whatsapp Untuk Pengguna Android 1. Masuk aplikasi Whatsapp 2. Pergi ke setting 3. Pilih chats 4. Tekan theme 5. Akhir sekali pilih Dark Untuk Pengguna IOS 1. Pergi ke setting 2. Pilih display & brightness 3. Kemudian pilih Dark Ok selamat mencuba

Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Dibayar 20 Mei 2020

Penjawat awam dan pesara mampu tersenyum riang dan bersyukur apabila kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Aidilfitri kepada penjawat awam sebanyak RM500 dan pesara kerjaaan sebanyak RM250. Pembayaran khas ini akan dibuat pada 20 Mei 2020. KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan gred 56 ke bawah dan pesara kerajaan pada 20 Mei ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata pegawai perkhidmatan awam akan menerima sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250. Katanya, bantuan khas Aidilfitri ini juga akan dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai yang tidak disediakan pemandu oleh jabatannya. "Pegawai yang tidak layak menerima bantuan adalah pegawai dalam pengurusan tertinggi dan setaraf, pegawai yang dijatuh hukuman tatatertib, pegawai yang ditamatkan perkhidmatan dan pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari ...

Apa Itu Luban Dan Kelebihannya Merawat Pelbagai Penyakit

Hai semua, semoga anda sihat-sihat selalu, hah saya pasti ramai diantara kita masih lagi tidak mengenal apa itu Luban dan kelebihannya merawat pelbagai penyakit. Baru-baru ini saya ada beli Luban dari rakan facebook Sha Ramson Abdullah , beliau banyak menjual barangan dari negara Arab seperti kurma ajwa, luban, sabun, pati minyak bunga mawar dan banyak lagi. Ok la mari kita kenali apa benda luban ni. Apa itu LUBAN? Ok luban adalah sejenis atau damar yang keluar melalui rekahan pokok yang banyak terdapat dikawsan-kawasan beriklim panas seperti Oman, Yaman, Syria, Mesir, Sri Lanka, India dan sebagainya. Nama lain bagi Luban adalah Frankincense, Green Hojari, Kemenyan Arab, Olibanum, Libanah, Kundur Zikri. Pernah tak terfikir kenapa dipanggil LUBAN? Sebenarnya ia berasal dari Bahasa Arab iaitu alluban bermaksud susu. Dipanggil Luban juga sebabkan warnanya yang menjadi putih bila "susu getah" ni menjadi keras. Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala ...

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Isnin 6 Mei 2019 Dan 5 Keistimewaan Bulan Ramadan

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Isnin, 6 Mei 2019. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkannya berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), sebentar tadi. Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini, 5 Mei, Ahad bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah. Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. 5 Keistimewaan Di Bulan Ramadan Rasulullah ï·º bersabda dalam sebuah hadit...

Cara Menetapkan Anak Bulan Ramadan

Cara Menetapkan Anak Bulan Ramadan Kewajipan puasa ke atas umat Islam bermula pada tahun 2 Hijrah. Nabi Muhammad SAW melakukannya ibadah puasa di bulan Ramadan sebanyak 9 kali sebelum wafat pada tahun ke-11 Hijrah iaitu 11 Rabiulawal. Cara menetapkan anak bulan Ramadan dengan 3 kaedah iaitu: 1) Melihat anak bulan (nampak anak bulan Ramadan) 2) Menyempurnakan bulan Syaaban sebanyak 30 hari 3) Ilmu falak Cara yang ketiga (menggunakan ilmu falak) tidak berlaku pada zaman Nabi SAW kerana pada ketika itu penyusunan ilmu falak masih belum wujud. Cara pertama dan kedua sahaja yang pernah digunakan pada zaman Nabi SAW. Dalil yang menyatakan bahawa untuk mengistinbatkan (menetapkan) datangnya anak bulan Ramadhan melalui melihat atau penyaksian berdasarkan kepada hadis berikut : Sesungguhnya Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma telah melihat anak bulan. Maka beliau memberitahu kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan apa yang dilihatnya itu. Maka Rasulullah SAW menyuruhnya untuk berpuasa dan...

5 Ebook Terbaik Untuk Projek Duit Raya

Assalamualaikum dan hai semua. Tinggal tak sampai sebulan ja lagi untuk kita sampai ke bulan Ramadhan. Insyallah, semoga kita dapat bertemu lagi bulan Ramadhan untuk tahun ini. Anyway, dah hampir-hampir bulan Ramadhan ni, ramai usahawan dan para peniaga akan mula mengatur strategi untuk "Projek Raya" mereka. Jadi, apa plan anda untuk "Projek Raya" tahun ini. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda mulakan plan tersebut. Sebagai memudahkan anda, saya cadangkan anda baca panduan-panduan yang saya sertakan dibawah. Manalah tahu terbuka minda atau memberi sumber inspirasi buat anda semua. Panduan Bisnes Tudung Memang tak perlu cakap la! Bila masuk je bulan Ramadhan, permintaan tudung, secara automatik akan naik 3-4x ganda dari bulan biasa! Sebab itulah Pn Madihah boleh untung RM15k sebulan walaupun takde kedai dan hanya menjual tudung secara online sahaja. Boleh dapatkan panduan ini untuk tahu strategi beliau menjual tudung! Untuk info lanjut b...

BERJALAN : Senaman Mudah Tingkatkan Kecergasan

Berjalan adalah aktiviti mudah, mampu elakkan rapuh tulang Hai semua, salam cinta kasih dari saya abam kacak, hihihi. Aktiviti riadah yang paling menjimatkan adalah dengan berjalan kaki. Setuju tak!! Ramai yang setuju, nampak mudah tapi malasssss. Betul tak!!! Berjalan kaki adalah satu senaman yang paling mudah untuk meningkatkan kecergasan diri dan memberi banyak manfaat pada sistem tubuh badan kita. Alaaa buat kat kawasan rumah atau di taman pun boleh, terpulang ikut keselesaan anda ok. 4 Manfaat Dari Aktiviti Senaman Berjalan Kaki Kesihatan Mental Senaman berjalan ini dapat mengekalkan emosi gembira dan membantu menangani masalah kemurungan, selain meningkatkan memori otak. Berjalan memberikan kita inspirasi dan mencetuskan kreativiti dengan membuatkan anda lebih bertenaga. Senaman ini juga membantu badan dan minda anda mendapat tidur yang lebih sempurna. Proses berjalan secara berterusan meningkatkan kesihatan tulang dan melindungi daripada serangan tulang rapu...

5 Kebiasaan Pada Waktu Pagi Yang Boleh Buatkan Tubuh Anda Menggendut Tanpa Anda Sedari

5 Kebiasaan Pada Waktu Pagi Yang Boleh Buatkan Tubuh Anda Menggendut Tanpa Anda Sedari Adehhh kalau bab gemuk, gendut, buncit memang leceh betul, selalu je kena perli dengan rakan-rakan. Lagi teruk buat kerja sikit dah penat, pakai baju pun nampak tak smart, tepi perut tu terbonjol keluar hah. Bila solat plak rasa tak selesa masa tahiyat akhir, sangkut perut orang kata. Anda dah jaga makan, dah berdiet dan dah berolahraga. Tapi kenapa berat badan tetap tidak mahu turun, kat mana silapnya? Anda mungkin tidak menyedari apa yang anda selalu buat pada waktu pagi dan ia berkemungkinan menyebabkan tubuh anda menggendut atau bertambah gemuk walaupun sudah menjaga makan dan berolahraga. Ok mari kita selami lebih dalam penyebabnya. 1. Anda sering bangun lewat siang Hah ni antara faktor utamanya. Anda pun tahu bahawa kurang tidur boleh menyebabkan berat badan bertambah. Namun terlalu banyak tidur juga memberikan efek yang sama. Kajian mengatakan bahawa mereka yang tidur lebih dari 10...

Manfaat Buah Kurma Dan Bijinya

Assalamualaikum, Hai semua. Seperti kita sedia maklum buah kurma memang tidak asing lagi dan sinonim dengan bulan puasa. Buah kurma berasal dari negara timur tengah dan rasanya yang lazat serta manis. Ada ke yang tak suka makan buah kurma? Berikut adalah Manfaat Buah Kurma Dan Bijinya yang perlu kita tahu. Manfaat Buah  Kurma Sekarang mari kita lanjutkan dengan pembahasan mengenai manfaat buah kurma untuk kesihatan manusia. Ini penting dan harap dibaca baik-baik. 1. Mencegah gout Siapa yang menyangka kalau buah yang berasal dari Timur Tengah ini punya kemampuan untuk mencegah terjadinya penyakit gout? Ini kerana buah kurma mengandung banyak mineral yang penting untuk kesihatan terutama tulang dan otot. Makan 15 buah kurma setiap hari dapat memenuhi keperluan tubuh akan mineral penting seperti kalsium, kalium, magnesium, sulfur dan boron. 2. Serat terbaik untuk usus Usus yang bekerja terus menerus harus dibersihkan dari sisa-sisa makanan supaya kerjanya kembali op...

Sifat Peribadi Seseorang Melalui Cara Duduk

Mengenal sifat seseorang melalui gaya mereka duduk, percaya atau tidak, bahasa badan menjelaskan sifat peribadi seseorang dan salah satu daripadanya ialah kedudukan kaki semasa duduk. Menurut ahli psikologi, cara kedudukan kaki anda semasa duduk mendedahkan niat dan karakter diri. Posisi A Orang yang sering duduk di posisi ini berpendapat cara untuk menyelesaikan masalah adalah dengan mengabaikannya. Mereka suka melibatkan orang lain dengan masalah mereka untuk melepaskan diri. Merupakan orang yang mudah untuk berkomunikasi. Individu ini memiliki karakter yang menarik, kreatif, dan agak kebudak – budakkan. Pada masa yang sama mereka tidak berfikir sebelum bercakap. Posisi B Individu yang sering duduk di posisi ini merupakan seorang realisasi imaginasi. Mereka penuh dengan idea – idea yang baik dan baru. Selain itu mereka juga sering dihargai di tempat kerja. Suka mengembara dan menjalinkan persahabatan. Mereka juga tidak suka membazir masa dengan perkara yang negatif. Pos...

Tarikh Pembayaran Penerima BR1M 2018

Maklumat penting bagi penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Berikut dikongsikan jadual pembayaran BR1M berdasarkan kepada kategori penerima bantuan. TARIKH PEMBAYARAN BR1M SEMUA KATEGORI KATEGORI 1 Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2K Jumlah bantuan Rm450 Februari 2018 KATEGORI 2 Isi Rumah Pendapatan Bulan Di Antara Rm3001 hingga Rm4000 Sebulan Jumlah bantuan Rm900 Ansuran pertama : Rm300 Februari 2018 Ansuran kedua : Rm300 Jun 2018 Ansuran Ketiga : Rm300 Ogos 2018 KATEGORI 3 Isi Rumah Pendapatan Bawah Rm3K Jumlah bantuan Rm1200 Ansuran pertama : Rm400 Februari 2018 Ansuran kedua : Rm400 Jun 2018 Ansuran ketiga : Rm400 Ogos 2018 KAEDAH PEMBAYARAN BR1M 2018 Akaun Bank Pembayaran akan dimasukkan terus ke akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan nombor akaun semasa memohon. Baucar BR1M Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional(BSN), CIMB dan Maybank. ...

9 Cara Untuk Kurus Dan Atasi Masalah Perut Buncit Secara Semulajadi

Mau relax jangan terburu-buru nak kurus. Baik lelaki ataupun perempuan melakukan olahraga merupakan salah satu cara yang terbukti berkesan untuk menghilangkan lemak di perut secara cepat dan semulajadi. Selain itu, faktor pemakanan juga harus dijaga. Bukan sahaja kita nak kempiskan perut tapi kita nak juga mempunyai kesihatan yang sihat. 9 Cara Untuk Kurus Dan Atasi Masalah Perut Buncit Secara Semulajadi 1. Latihan Kardio Latihan kardio merupakan salah satu jenis latihan yang melibatkan hampir semua anggota tubuh seperti berlari, berenang, dan lainnya. Dengan melakukan kardio, otot-otot di tubuh kita bekerja mulai dari otot betis, otot paha, otot punggung, otot perut, bahu dan lengan. 2. Senaman Yoga Senaman Yoga merupakan olahraga yang memusatkan pada kekuatan, kelenturan, dan pernafasan. Penelitian di India membuktikan yoga sangat membantu menghilangkan gas berlebih di perut, sehingga melancarkan pencernaan dan menghilangkan lipatan di perut. Melatih serta menyela...

Cara Buat Racun Organik Daun Semambu, Bawang Putih Dan Daun ketum

Cara Buat Racun Organik Daun Semambu, Bawang Putih Dan Daun ketum Anda mungkin tidak pernah membayangkan daun semambu, bawang putih dan daun ketum boleh dibuat racun organik. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah tentang perosak pada tanaman bolehlah cuba kaedah ini. Jimat dan mudah pembuatannya. 1.Racun organik bawang putih. Bahan: -200 gram bawang putih -500 ml minyak masak -Blend kedua-dua bahan. -Bahan yang dah dikisar tadi dimasak dengan kaedah double boiling -masak dalam 2-3 jam 2.Racun organik daun semambu Bahan: -Daun semambu segenggam -500 ml minyak masak -Blend kedua-dua bahan. -Bahan yang dah dikisar tadi dimasak dengan kaedah double boiling -masak dalam 2-3 jam Cara penggunaan: -20 ml / 20 liter air -Tambah 20 ml sabun cecair. -Cara semburan bawah daun dan atas daun. 3. Racun organik daun ketum Daun ketum bukan sahaja boleh dibuat ubat, jika penggunaan dengan betul tapi awas sekiranya berlebihan boleh menjadi racun pada badan yang boleh menga...

Tanaman Pokok Bunga Kertas (bougainvillea) Sebagai Penyeri Laman

Pokok bunga kertas atau nama inggerisnya bougainvillea memang tidak asing lagi buat pencinta pokok bunga hiasan. Ia telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular dan sering di tanam di laman rumah serta kawasan perumahan sebagai penyeri laman. Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Kini pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai kerana bunganya yang berwarna-warni, mudah dijaga, dan tahan lama sehingga melebihi 20 tahun jika dijaga dengan baik. Terdapat pelbagai spesies pokok bunga kertas diseluruh dunia dan ada juga yang membuat kacukan atau kahwin dari spesies asalnya. Pokok bunga kertas yang dikahwinkan akan menjadi pelbagai bentuk dahan dengan bunga yang berlainan warna. Sudah tentunya ia akan menjadi berwarni-warni dan kelihatan cantik apabila berbunga kelak. Selain itu, pokok bunga kertas juga menjadi pilihan peminat bonsai kerana bentuk akarnya yang unik dan pelbagai bentuk. Cara Tanam ...