Skip to main content

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya.

Ayat Power Pickup Line

Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan.

Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menzahirkan maksud sebenar ayat yang dilafazkan tu. Bolehkah seseorang perempuan itu terpikat?

Kini kebanyakkan artis dan pelawak negara menggunakan ayat pick up line ni dan ianya menjadi semakin popular. Tak mengira peringkat usia, budak-budak pun pandai sekarang ni. Di sini saya berikan beberapa ayat pick up line yang saya jumpa di laman media sosial dan sebagainya.




Lelaki : Esok teman i jenjalan nak?
Perempuan : pergi mana?
Lelaki : Jalani sisa hidup kita bersama

Lelaki : Awak tahu apa beza awak dengan air?
Perempuan : hmmm tak tahu
Lelaki : kalau air mengalir ke laut, tapi awak mengalir dalam hati saya

Kalau Johor ada legoland, Pahang ada genting highland, KL ada klcc tapi saya ada awak sorang je tu pun dah cukup

Lelaki : Awak Aida kan.
Perempuan : Bukan la, kenapa?
Lelaki : Sebab aida lama minat kat u.

Lelaki : Awak dah sampai ke
Perempuan : Sampai ke mana
Lelaki : Sampai ke hati saya

Lelaki : Awak tahu tak beza awak dengan banduan?
Perempuan : Tak tahu.
Lelaki : Banduan terperangkap dalam penjara, awak terperangkap dalam hati saya

Lelaki : Awak nurse ke
Perempuan : Ye, saya nurse, kenapa?
Lelaki : Kalau camtu nursecaya awaklah jodoh saya

Lelaki : Awak kerja kedai bunga ke?
Perempuan : Tak la, kenapa
Lelaki : Bila saya tengok awak hati saya berbunga-bunga la

Bapa awak pengganas ke, sebab awak memang meletup..!!

Awak ibarat matahari, Saya ibarat aiskrim, bila awak senyum saya pun cair

Lelaki : Awak tahu apa beza awk dengan bas
Perempuan : Tak tahu
Lelaki : Kalau bas berhenti di stesen bas, tapi awak berhenti dihati saya

Lelaki : Awak tahu tak apa beza awak dengan toyol
Perempuan : Tak tahu
Lelaki : Kalau toyol curi duit, awak curi hati saya

Awak kerja kedai aircond ke? Sebab hati saya sejuk bila tengok awak

Awak jom kita jumpa
Jumpa dimana sayang
Jumpa dalam hatimu

Awak jangan lupa tau
Lupa apa awak
Jangan lupa yang aku ni milikmu

Hahaha itu dia ayat pick up line yang dijamin cair. Ayat mengorat yang diselitkan dengan elemen lawak jenaka. Semoga memberi inspirasi baru buat anda semua. Cuba la.

Comments

  1. Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.

    ReplyDelete
  2. Hmmmm ada tak sebab si dia tahu la ayat ayat macam ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...