Skip to main content

Ayat Ayat Power

Pelbagai ayat direka oleh kebanyakkan orang, kadang-kadang ayat seseorang orang itu lahir dari hati dan perasaan. Di dalam ayat tersebut menunjukkan seseorang itu dalam keadaan di lamun cinta, kerinduan, perasaan marah, pelbagai masalah, tekanan dalam kehidupan dan lain-lain. Secara tidak sedar golongan ini mencipta beberapa ayat ayat power yang agak kreatif dan seni serta sedikit lawak.

Terdapat banyak ayat ayat power yang sering kita lihat di laman seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Ia seperti medan atau tempat untuk seseorang meluahkan perasaan dan pendapat. Ini sebahagian yang saya lihat di laman sosial.

Ayat Ayat Power


1. Aku takut untuk rapat dengan seseorang,
Aku takut datang perasaan sayang,
Kemudian dikecewakan.

2. Paling bangang,
bila dia tak handsome tapi curang.

3. Carilah lelaki yang boleh mengajar kamu menutup aurat
bukan lelaki yang sana sini mengorat.

4. Sejak mengamalkan sikap 'PERGI MAMPOS' nie, indeks kebahagian saya meningkat 210%

5. Dear future wife,
Kalau awak tidak pandai masak, it's okay,
Kita boleh belajar masak sama-sama.

6. Kalau kita ada jodoh, Awak salamlah dengan ayah saya, Kalau kita tak ada jodoh, Awak salam je lah suami saya sambil ucap Tahniah.
hahahaha

7. Orang bercinta, bangun pagi dapat wish 'Morning Sayang",
Aku bangun pagi pastu tidur balik, ok bye.

8. Dalam perhubungan akan ada perempuan lagi cantik dari girlfriend kau,
Lelaki lagi baik dari boyfriend kau, dari situ keikhlasan kau diuji.

9. Biarpun solatmu beribu-ribu rakaat,
Sedekahmu berjuta-juta ringgit,
Hajimu berkali-kali,
Tapi saat kau lukakan hati Ibumu,
Syurga bukan milikmu.

10. "Hati dia sakit sebenarnya, tapi dia pendam dalam dalam dan tetap senyum"
Siapa dia?
Perempuan.

11. Jika anda ingin melihat masa lalu,
Lihatlah keadaan sekarang,
Jika anda ingin melihat masa depan,
Maka lihatlah apa yang anda lakukan sekarang.

12. Dalam hidup kita memiliki dua pilihan iaitu MEMILIH atau DIPILIH, jika kita MEMILIH maka pilihlah yang terbaik buat diri kita, dan jika kita DIPILIH, maka jadilah yang terbaik buatnya.

Baca juga Ayat Power Pickup Line

Nak kata power sangat tu tak la, sekurang-kurangnya memberi kesan yang mendalam pada kita semua.
Ok, sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...