Skip to main content

Posts

50 Ayat Power, Sentap & Jedag Jedug Paling Viral Untuk Status WhatsApp, Facebook dan TikTok

50 Ayat Power, Sentap & Jedag Jedug Paling Viral Untuk Status WhatsApp, Facebook dan TikTok Kadang-kadang, satu ayat yang ringkas mampu memberi seribu makna. Ada ayat yang membakar semangat, ada yang menyentuh hati, dan ada juga yang cukup pedas sehingga membuat seseorang terasa. Jika anda sedang mencari ayat power , ayat sentap , atau ayat jedag jedug untuk dijadikan status WhatsApp, Facebook, TikTok atau Instagram, anda berada di tempat yang betul. Di bawah ini merupakan koleksi ayat yang original, ringkas, penuh makna dan sesuai dikongsikan di media sosial. 1. Diam aku bukan bererti kalah, cuma malas melayan orang yang tak pernah faham. 2. Tak perlu bersaing dengan sesiapa. Bersainglah dengan diri sendiri. 3. Kalau kehadiran aku tak dihargai, kehilangan aku jangan pula dicari. 4. Jangan bangga kerana ramai yang mengenali kita. Banggalah apabila ramai yang mendoakan kita. 5. Orang yang paling kuat ialah mereka yang tetap tersenyum walaupun hatinya sedang terluka. 6. Tak semua ya...
Recent posts

10 Khasiat Daun Kari Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

10 Khasiat Daun Kari Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu Apabila menyebut tentang daun kari, kebanyakan orang hanya menganggapnya sebagai penyedap masakan seperti kari ayam, kari ikan atau sambal. Namun, tahukah anda bahawa khasiat daun kari sebenarnya sangat banyak dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional? Daun kari mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, zat besi, kalsium, fosforus serta antioksidan yang membantu menjaga kesihatan tubuh secara semula jadi. Jom ketahui 10 khasiat daun kari yang mungkin anda belum tahu. 1. Kaya Dengan Antioksidan Daun kari mengandungi antioksidan semula jadi yang membantu melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik. 2. Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah Salah satu khasiat daun kari yang sering dikaji ialah potensinya membantu mengawal paras gula dalam darah. Pengambilan sec...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Lagu Aisyah Istri Rasulullah Dari Sabyan Yang Menyentuh Hati Ramai Orang

Lagu Aisyah Istri Rasulullah Dari Sabyan Yang Menyentuh Hati Ramai Orang Sejak kebelakangan ini muncul sebuah lagu dakwah yang viral di youtube, sosial media dan sebagainya. Sangat merdu dan sungguh menyentuh hati sesiapa saja yang mendengarnya. Nyanyian dari kumpulan nasyid Indonesia dikenali Sabyan Gambus itu berjaya menambat hati ramai peminat di Indonesia, Malaysia, Brunei dan seluruh dunia. Kumpulan yang pernah mencetus fenomena satu ketika dahulu dengan cover lagu Deen Assalam sekali lagi meletop dengan lagu terbaru iaitu lagu Aisyah Istri Rasulullah . Mari kita hayati lirik lagunya yang menceritakan kasih sayang seorang istri iaitu Aisyah pada suaminya iaitu Rasulullah. Mungkin agak simple liriknya tapi penceritaan yang amat terasa dihati dan dapat dibayangkan kemanisan kasih sayang serta cinta itu. Lirik - Aisyah Istri Rasulullah Huuu… ooo… Mulia indah cantik berseri Kulit putih bersih merahnya pipimu Dia aisyah putri abu bakar Istri rasullullah… Sungguh sw...

Resepi Masakan Daging Yang Sedap

Resepi Masakan Daging Yang Sedap. Saya jenis terliur kalau tengok masakan daging ni, aduh tak tahan. Tak dapat nak bayangkan bila gigit daging tu, kenyal-kenyal empuk dengan rempah ratus nya yang meresap ke dalam daging. Orang utara cakap mercik baq hang.. Ok la tak nak cakap banyak, saya kongsikan kepada anda 3 resepi masakan daging, pilihan saya yang saya ambil dari facebook page Ilham Media. Sebenarnya banyak lagi resepi berasaskan daging ni, tetapi saya hanya ambil yang saya suka sahaja. Ok jom kita lihat. DAGING BULGOGI Bahan-bahan : 350gm daging dihiris nipis 2 sudu besar kicap masin 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar gula 1 sudu besar madu 1/2 sudu besar minyak bijan 1 sudu besar bijan disangai 1 pokok daun bawang dipotong halus 3 ulas bawang putih dicincang halus 1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar 1/2 sudu kecil serbuk perasa Cara memasak : 1. Satukan semua bahan perapan kecuali daun bawang dan bijan. Gaul rata dan perapkan daging selama 1...

Resepi Biskut Cornflake Madu, Almond London Dan Red Velvet Dari Youtube Channel Che Nom

Assalamualaikum semua. Tinggal beberapa hari je lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkin suasana hari raya pada kali ini agak berbeza sedikit disebabkan covid19 dan kawalan pergerakan. Harap kita semua bersabar mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu kan. Bagi memeriahkan suasana walaupun menyambut Hari Raya Aidilfitri hanya dikalangan keluarga dan jiran terdekat, apa kata anda mencuba resepi biskut Cornflake Madu dengan Oreo, Almond London Dan Red Velvet. Sumber resepi ini adalah dari youtube channel Che Nom . Saya memang suka tengok video-video masakan beliau bersih, teratur dan jelas penerangannya. Antara youtube channel berlandaskan masakan yang popular di Malaysia, jangan lupa subscribes ye. 1. Biskut Red Velvet Bahan-bahan untuk Biskut Red Velvet: 1. ½ cawan /117g mentega 2. ¾ cawan /150g gula kastor 3. 1 biji kuning telur 4. 1 sudu kecil cuka makan 5. 1½ sudu kecil esen vanila 6. 1½-2 sudu kecil pewarna merah 7. ½ cawan /50g hirisan badam 8. ½ c...

Manfaat Minum Air Lemon Panas Setiap Hari Setelah Bangun Pagi

Assalamualaikum, hai semua. Mulakan setiap hari anda dengan minuman air lemon panas setelah bangun pagi. Banyak manfaat yang bakal anda perolehi kelak. Saya dah hampir seminggu amalkan minum air lemon panas ni. Opss sebelum tu tahukah anda bahawa lemon mempunyai lebih banyak kalium daripada epal dan anggur? Fakta menarik ini adalah salah satu daripada banyak sebab mengapa minuman air lemon panas setiap pagi boleh memberi kesan kepada kesihatan anda. Setiap kali anda bangun pagi anda disyorkan minum air lemon panas, ia adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan daya hidup, meningkatkan tenaga dan membersihkan sistem tubuh badan anda. Berikut Manfaat Minum Air Lemon Panas Setiap Hari Setelah Bangun Pagi 1. Membersihkan sistem tubuh badan Air lemon terdapat vitamin dan mineral yang kuat yang mana membolehkan ia bertindak membuang toksin berbahaya dari sistem tubuh badan anda. 2. Melancarkan percernaan Air lemon melancarkan pencernaan serta membantu membersihkan toks...