Skip to main content

6 Cara Memaksimumkan Aroma Minyak Wangi

Assalamua'alaikum. Hai semua, semoga mewangi selalu. Bila cakap tentang wangian siapa yang tak suka kan. Bila kita pakai minyak wangi ni, kita akan berasa segar dan penuh keyakinan berhadapan dengan orang sekeliling kita. Akan tetapi adakah anda tahu cara yang berkesan memakai minyak wangi agar timbulnya aroma wangi tersebut dan menjadi ia tahan lebih lama. Saya sertakan beberapa cara memaksimumkan aroma minyak wangi agar lebih berkesan.


6 Cara Memaksimumkan Aroma Minyak Wangi

1) JANGAN PAKAI MINYAK WANGI LEPAS MANDI

Lazimnya kita akan pakai minyak wangi selepas mandi kan? Tapi jangan pakai terus lepas mandi ya. Biarkan badan agak kering seketika di mana badan masih dalam keadaan lembap, barulah kita pakai minyak wangi. Pada waktu ini, kulit akan mengeluarkan minyak semulajadi daripada badan. Teknik ini adalah untuk mendapatkan aroma yang lebih segar dan clean pada badan kita.

2) JANGAN PAKAI MINYAK WANGI LEBIH DARIPADA SATU PADA SATU MASA

Sebenarnya tak menjadi kesalahan pun jika anda suka gabungkan dua jenis minyak wangi yang berbeza pada satu masa. Tapi, saya cadangkan untuk anda pakai satu minyak wangi sahaja kerana kesannya lebih praktikal berbanding gabungan dua minyak wangi pada satu masa untuk menjaga keharmonian bau minyak wangi itu sendiri. Kalau berlebih-lebihan, bimbang akan timbul aroma yang kurang menyenangkan nanti.

3) JANGAN PAKAI DI TEMPAT YANG SALAH

Minyak wangi paling berkesan dan akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri mengikut hormon kita pada permukaan kulit kita yang 'panas' seperti kawasan denyutan nadi. Oleh itu, kenalpasti tempat atau bahagian tubuh kita yang perlu dikenakan minyak wangi.
Antaranya di pergelangan tangan, belakang leher, belakang telinga, bahagian dalam siku, belakang betis (jika anda memakai skirt atau seluar pendek).

4) JANGAN GOSOK MINYAK WANGI

Ini antara bahagian terpenting untuk anda menjaga keharmonian bau minyak wangi yang anda pakai. Lepas sembur di pergelangan tangan, sila jangan gosok-gosok pergelangan tangan anda ya. Anda hanya akan merosakkan nota-nota wangian tersebut di samping akan menyebabkan keharmonian minyak wangi anda rosak. Sekaligus akan mempercepatkan proses meruap. Anda dapat rasakan minyak wangi sudah kering di kulit anda, bukan? Kesilapan ini juga akan menyebabkan minyak wangi anda tidak bertahan lama.

5) JANGAN SEMBUR DI BAHAGIAN BARANG KEMAS/PERHIASAN

Jika anda sembur terus kepada bahagian-bahagian badan yang memakai barang kemas/perhiasan, anda hanya akan menyebabkan aroma minyak wangi anda bercampur dengan unsur-unsur barangan tersebut. Malah dikhuatiri akan menjejaskan kualiti barang-barang tersebut. Sila tanggalkan barangan tersebut sebelum anda menyembur minyak wangi ya!

6) JANGAN SIMPAN DI TEMPAT YANG TERLALU SEJUK ATAU TERLALU PANAS

Cara terakhir yang menyebabkan aroma minyak wangi anda tidak menghasilkan bau yang maksimum dan tidak tahan lebih lama adalah kerana faktor penyimpanan minyak wangi pada suhu yang tidak sesuai seperti di dalam kereta yang terdedah kepada suhu panas atau bilik yang bersuhu terlalu sejuk. Saya cadangkan anda simpan minyak wangi anda di tempat yang gelap dan bersuhu bilik yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Sentiasa ingat, suhu yang tidak sesuai hanya akan menyebabkan molekul-molekul minyak wangi rosak dan menghasilkan aroma yang berlainan di kemudian hari.

Ok semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...