Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Blogging

Panduan Untuk Blogger Baru Supaya Menjadi Blogger Yang Mantap

Assalamua'laikum semua. Jujur saya cakap, saya baru setahun jagung dalam dunia penulisan blog ni. Orang cakap kurang berpengalaman, hihi. Tapi tak salah kan kita berkongsi ilmu, tips dan panduan supaya menjadi blogger yang mantap terutama sekali buat blogger yang masih baru. Apa yang saya tulis di bawah ini adalah hasil dari apa yang pernah saya lalui dan pelajari. Apa Itu Blog? Pecah peluh kalau orang tanya apa itu blog? Pening juga nak jawab dan terangkan ni terutama pada orang yang baru nak mula berblog. Tapi saya cuba terangkan juga la serba sedikit mengikut cara saya sendiri. Blog berbeza dengan website dari segi fungsi, rekaan dan platform. Kebanyakkkan fungsi utama blog adalah memudahkan orang menulis catatan peribadi di internet atau lebih dikenali sebagai personal blog. Catatan peribadi ni umpama sebuah diari kehidupan dan seseorang itu menulis apa yang terjadi serta apa yang dilakukannya setiap hari. Pada masa kini blog memiliki pelbagai fungsi bukan saja sebagai...

Cara Membuat Kotak Text Area Di Dalam Entri

Beberapa hari tak berapa sihat, demam dan selsema. Hari ni berasa ok la sikit. Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke blog ni. Sedikit tutorial mengenai blog iaitu cara membuat kotak text area di dalam entri atau post kita. Walaupun saya masih baru dalam dunia blogger ni, saya cuba dan usaha untuk membuat yang terbaik serta bermanfaat kepada kita semua. Di bawah salah satu contoh untuk membuat kotak text area ni. Kotak biasa background berwarna Contoh Saya Sayang Awak Copy kod dibawah : <div style="border: 1px solid #CCC; margin: 10px 0px; padding: 10px; width: auto; height: auto; background-color:#00FFFF; text-align: Justify;">Masukkan Ayat Anda Di Sini</div> Kotak yang ada border tebal Contoh Ganti tulisan ini Copy di bawah <div style="-moz-border-radius: 10px; -webkit-border-radius: 10px; background-color: #f3f3f3; border-radius: 10px; border: 4px solid #999; padding: 10px; t-align: left;"> Ganti tulisan ini</div>...

Cara Mencari Keywords Di Google

Sedikit tips untuk anda bagaimana cara untuk mencari keywords atau kata kunci yang paling banyak dicari di carian google. Ia sangat berguna kepada para bogger membuat sebarang keputusan untuk membuat entri atau sebarang artikel menggunakan keywords yang tepat. Ini juga salah satu faktor untuk menghasilkan entri yang berguna dan mesra SEO. Selalu kunjungi google trends . Setelah memasuki google trends ini anda boleh tentukan negara dan pelbagai kategori di kemukakan seperti Bisnes, Internet, Kesihatan, Komputer dan sebagainya. Di situ anda dapat melihat apa yang popular dan keywords apa yang paling banyak dicari. Selain itu anda juga boleh menuliskan sedikit kata-kata atau idea yang bermain di fikiran anda di kotak carian Search google. Beberapa keywords yang anda cari akan keluar seperti gambar di bawah. Ia juga memberi kesan positif untuk anda mencari beberapa keywords. Teknik ini juga lebih kurang sama dengan sebelumnya tadi, anda cuma lihat Google di bawah sekali terdapat ...