Diakhir-akhir ini saya kerap bersin dan selsema. Ada kawan mengatakan saya ada penyakit resdung, tak mungkin la. Tetapi, apabila melihat tanda-tanda penyakit resdung ni ada jugak yang betul. Ramai tidak memandang serius tentang penyakit ni termasuk saya sendiri, sebenarnya ia boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya jika tidak dirawat.
Penyakit resdung juga dikenali sinusitis. Resdung adalah sejenis penyakit dimana terjadinya randangan atau ketidakselesaan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinus bermaksud rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Lendir biasanya dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.
Tanda-Tanda Penyakit Resdung
Ia memudaratkan jika tidak dirawat dan boleh menyebabkan jangkitan otak, bernanah dikawasan mata, sakit tekak yang kronik, alahan hidung yang teruk dan lebih menerukkan lagi orang yang ada penyakit lelah.
Individu yang berisiko berpenyakit resdung ini tidak mengira usia, kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. janganlah ia sampai menjadi lebih kronik. Pelbagai kaedah rawatan disediakan, kaedah moden ataupun kaedah tradisional ianya terpulang kepada anda menilainya.
Tahap resdung setiap individu adalah berbeza, keberkesanan petua resdung tersebut mengikut kesesuaian individu itu sendiri. Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan dan rawatan moden yang disediakan di pusat rawatan ataupun di klinik.
Selamat mencuba. Teruskan rawatan hingga ia benar-benar berkurangan atau hilang. InsyaAllah.

- hidung berhingus dan selalu tersumbat
- sakit atau berasa berat di kawasan mata
- sakit tekak yang berpanjangan
- sentiasa tidak sedap badan atau demam
- alahan kepada habuk dan makanan laut
- kelemumur yang berterusan
- gatal-gatal hidung, muka dan sakit kepala
- jerawat dimuka dan badan
- nafas berbau busuk
Ia memudaratkan jika tidak dirawat dan boleh menyebabkan jangkitan otak, bernanah dikawasan mata, sakit tekak yang kronik, alahan hidung yang teruk dan lebih menerukkan lagi orang yang ada penyakit lelah.
Individu yang berisiko berpenyakit resdung ini tidak mengira usia, kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. janganlah ia sampai menjadi lebih kronik. Pelbagai kaedah rawatan disediakan, kaedah moden ataupun kaedah tradisional ianya terpulang kepada anda menilainya.
Petua Atau Kaedah Merawat Resdung
- sediakan beberapa hirisan bawang, beberapa helai daun sirih dan secubit biji sawi. Bahan tersebut dicampur dalam air yang mendidih dan kemudian wapkan ke muka.
- wapkan muka anda dengan air rebusan jintan hitam.
- amalkan menyedut air kedalam hidung, kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Lakukan ia berulang-ulang kali.
- jika setiap kali bangun pagi anda bersin, masukkan air sejuk kedalam hidung kemudian tumpahkan semula. Nescaya bersin akan hilang.
- akar bunga melur dikeringkan, bakar dan hidu akarnya. Tetapi hidung dan mata akan berasa pedih sedikit. Amalkan selalu.
- sedikit jintan manis dikisarkan, setelah dikisar bungkus dengan kain. Hidu setiap kali sebelum tidur.
- rebuskan bawang besar, kisar dan ambil airnya. Kemudian titiskan air bawang itu ke dalam hidung.
Tahap resdung setiap individu adalah berbeza, keberkesanan petua resdung tersebut mengikut kesesuaian individu itu sendiri. Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan dan rawatan moden yang disediakan di pusat rawatan ataupun di klinik.
Selamat mencuba. Teruskan rawatan hingga ia benar-benar berkurangan atau hilang. InsyaAllah.

Comments
Post a Comment