Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Resepi

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Resepi Masakan Daging Yang Sedap

Resepi Masakan Daging Yang Sedap. Saya jenis terliur kalau tengok masakan daging ni, aduh tak tahan. Tak dapat nak bayangkan bila gigit daging tu, kenyal-kenyal empuk dengan rempah ratus nya yang meresap ke dalam daging. Orang utara cakap mercik baq hang.. Ok la tak nak cakap banyak, saya kongsikan kepada anda 3 resepi masakan daging, pilihan saya yang saya ambil dari facebook page Ilham Media. Sebenarnya banyak lagi resepi berasaskan daging ni, tetapi saya hanya ambil yang saya suka sahaja. Ok jom kita lihat. DAGING BULGOGI Bahan-bahan : 350gm daging dihiris nipis 2 sudu besar kicap masin 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar gula 1 sudu besar madu 1/2 sudu besar minyak bijan 1 sudu besar bijan disangai 1 pokok daun bawang dipotong halus 3 ulas bawang putih dicincang halus 1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar 1/2 sudu kecil serbuk perasa Cara memasak : 1. Satukan semua bahan perapan kecuali daun bawang dan bijan. Gaul rata dan perapkan daging selama 1...

Resepi Biskut Cornflake Madu, Almond London Dan Red Velvet Dari Youtube Channel Che Nom

Assalamualaikum semua. Tinggal beberapa hari je lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkin suasana hari raya pada kali ini agak berbeza sedikit disebabkan covid19 dan kawalan pergerakan. Harap kita semua bersabar mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu kan. Bagi memeriahkan suasana walaupun menyambut Hari Raya Aidilfitri hanya dikalangan keluarga dan jiran terdekat, apa kata anda mencuba resepi biskut Cornflake Madu dengan Oreo, Almond London Dan Red Velvet. Sumber resepi ini adalah dari youtube channel Che Nom . Saya memang suka tengok video-video masakan beliau bersih, teratur dan jelas penerangannya. Antara youtube channel berlandaskan masakan yang popular di Malaysia, jangan lupa subscribes ye. 1. Biskut Red Velvet Bahan-bahan untuk Biskut Red Velvet: 1. ½ cawan /117g mentega 2. ¾ cawan /150g gula kastor 3. 1 biji kuning telur 4. 1 sudu kecil cuka makan 5. 1½ sudu kecil esen vanila 6. 1½-2 sudu kecil pewarna merah 7. ½ cawan /50g hirisan badam 8. ½ c...

Resepi Tepung Bungkus Pulut Hitam Sedap Lemak Dan Lembut

Assalamualaikum, hai semua. Bersua kita kembali ye, ok hari ni saya nak share sikit la resepi kuih favourite saya iaitu tepung bungkus. Ermmm nikmat betul kuih ni, tak tahu nak bayang bila dah masuk dalam mulut, perghhh mercik baq hang. Sebenarnya resepi tepung bungkus pulut hitam ni dikongsikan oleh seorang wanita iaitu Nur Hidayah di dalam facebook group Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang juga kenalan saya ketika sekolah rendah dan sehinggalah ke hari ini. Sebut ja tepung bungkus mesti ramai yang dah tahu sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa serta dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Ke ada yang tak kenal kuih ni atau tahu makan ja tapi tak tahu kuih apa, hahaha. Menurut Nur Hidayah dengan kuih inilah beliau membesar sebab emaknya seorang penjual kuih dan sudah pasti ianya menjadi warisan yang tidak akan ditinggalkan. Ok gais berikut adalah resepi tepung bungkus pulut hitam yang dikongsikan oleh beliau. Tepung Bungkus Pulut Hitam Bahan U...

Resepi Kuih Lopes Mudah Dan Ringkas

Hai awak-awak semua, apa khabar? Saya nak kongsikan pada anda semua resepi kuih lopes yang mudah dan ringkas. Resepi ni asalnya saya ambil dari mak saya. Kuih lopes ni memang kegemaran keluarga saya, boleh dikatakan setiap bulan ada je menu kuih lopes ni. Boleh dihidangkan tidak mengira waktu, pagi, tengah hari, petang pun boleh. Ok kita teruskan dengan resepi kuih lopes yang mudah dan ringkas ini. Antara bahan-bahan dan cara penyediaannya seperti dibawah ini ye. Bahan-Bahan : 1. 1 kilo beras pulut 2. 10 helai daun pandan, amik airnya 3. Kelapa parut (digaul dengan secubit garam) 4. Gula melaka Cara-Cara Penyediaan : 1. Cuci beras pulut sebersih-bersihnya 2. Daun pandan dikisar dan ditapis airnya. Panaskan pengukus sehingga ia mendidih. 3. Setelah mendidih kemudian masukkan beras pulut, kacau sehingga kering. Kalau tak kacau satgi hangit, padan muka hang. baru hang tau. 4. Tutup periuk biar sampai masak, sejukkan seketika. 5. Angkat pulut dan balut dengan dau...

Resepi Buah Melaka Mudah, Sedap Dan Lembut

Sebenarnya beragam kuih tradisional di Malaysia ni, antaranya yang popular adalah kuih buah melaka. Cara penyediaannya yang sangat mudah, sedap dan lembut. Pasti memikat hati para penggemar kuih. Cuba anda bayangkan sebiji kuih apabila digigit terasa kenyal tidak terlalu liat, didalam kuih tu pula ada gula yang akan terpercik meletop didalam mulut. Ermmm terasa nikmatnya. Itulah kuih buah melaka. Kuih buah melaka juga dikenali sebagai kuih onde-onde. Kalau orang kelantan memanggilnya " kuih buoh kekoh charr", istimewa betul namanya, hahaha. Kenapa di kelantan kuih ini mendapat gelaran begitu? Begini ceritanya buoh disebabkan ia bulat seakan-akan buah, selepas kekoh (gigit) ia terpancut (charr) didalam mulut. Hah begitulah, ok la jom kita layan resepinya. Resepi Kuih Buah Melaka (onde-onde) Bahan-Bahan - 1 cawan tepung pulut - 2 sudu besar tepung beras - 4 atau 5 helai daun pandan dikisar dan ambil airnya, nak pakai pewarna pun boleh - 1 keping gula melaka ...

Resepi Dan Cara-Cara Buat Sambal Belacan Yang Umphh Meletup

Kenapa bibir merah-merah ni, pedas ekk Hai semua. Sebut je sambal belacan mesti dah terbayang ishhh cicah dengan ikan bakar sedap ni, cicah ulam-ulaman pun sedap. Arghhhh lapar plak. Kalau makan dikedai ada yang masin, ada yang terlebih belacan atau sebagainya. Ada je yang tak kena dengan tekak anda sendiri. So, apa kata anda buat sendiri sambal belacan. Kalau buat banyak tahan 2,3 hari ataupun buat je nasi goreng sambal belacan, selesai... Ok kali ni saya nak kongsikan resepi sambal belacan yang umphhh meletup baq hang. Sekali rasa mesti nak lagi. Bahan-Bahan Untuk Buat Sambal Belacan 1. 15 biji cili padi 2. 3 biji cili merah besar 3. 1 atau 2 sudu makan gula 4. Air perahan limau kasturi atau perahan air asam jawa 5. 2 inci belacan 6. Sedikit perasa Cara Buat Sambal Belacan Yang Umphhh Kat sini saya tidak menggunakan blender, saya lebih suka gunakan batu tumbuk. Jika gunakan blender ia akan jadi sedikit halus. Perghhh agak tradisional kan, hihihi. Ok mula-mula...

Resepi Viral Donut Pintal Gebu

Asssalamualaikum semua, hai kali ni saya nak kongsikan resepi best dari rakan facebook saya iaitu donut pintal gebu. Saje je bagi nama donut pintal gebu sebab berpintal-pintal dan gemuk-gemuk tengoknya. Cantik sangat bila dah siap goreng. Sesuai sangat dimakan pada waktu pagi atau minum petang bersama seisi keluarga. Ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara pembuatannya. Berikut adalah bahan-bahan membuat donut pintal gebu: 1. 2 peket mauripan 2. 1 kilo tepung gandum cap sauh 3. 4 sudu besar gula (dibancuh dengan mauripan) 4. 2 biji telor 5. 2 sudu besar marjerin 6. 4 sudu susu pekat manis 7. Secubit garam Ermmmm tak tahan tengok gebu sangat, hihi. Menurut kata tuan punya resepi, donut gebu ini terletak pada cara penggunaan atau kaedah penyediaan mauripan. Macam mana tu? Hah tengok gambar dibawah ye. Apa yang diperlukan disini adalah bekas air atau jug yang ada penutup ok. 2 peket mauripan cap gunung yang berwarna kuning dibancuh dengan 400ml air suam, kemudian m...

Resepi Apam Balik Mercik

Resepi Apam Balik Mercik Hai, disebabkan suka makan apam balik yang jenis tebal dan nipis saya saja nak share resepi apam balik. Nanti korang bolehlah cuba sendiri di rumah ya. Bahan-bahan untuk apam balik: 2 cawan tepung gandum 1/4 cawan gula 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder 1 biji telur 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair 1/2 sudu kecil garam Sedikit pewarna kuning Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali Bahan-bahan untuk di tabur: kacang tanah yang dikisar  (goreng tanpa minyak dan kisar kasar) 1 tin jagung krim gula pasir secukupnya Cara-cara untuk apam balik: 1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam. 2. Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati. 3. Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul. 4. Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali d...

Resepi Mudah Buat Karipap Biasa Dan Karipap Gulung Kasih Sayang

Resepi Mudah Buat Karipap Biasa Dan Karipap Gulung Kasih Sayang Disebabkan banyak pertanyaan apabila saya update status di facebook tentang karipap, hari ini saya nak kongsikan resepi buat karipap biasa dan karipap gulung. Sedap, lazat dan mercik... Haha dari kecil memang suka makan karipap. Karipap memang makanan popular di Malaysia dan terdapat pelbagai rasa pada intinya seperti inti udang, sardin, ayam, serta daging. Karipap menjadi menu pilihan untuk bersarapan, minum petang dan juga sesuai dihidangkan untuk mesyuarat atau majlis kecil. Karipap Biasa Mungkin ramai yang dah pernah buat dan pernah makan karipap biasa. Ada juga yang tahu makan je tapi tak reti nak buat. Lipatan pada tepi karipap dipanggil sebagai kelim, yang ni kalau guna acuan tak berapa menjadi kena kelim balik guna tangan. Bahan-Bahan Buat Kulit Karipap Biasa tepung gandum 1 kilogram marjerin (sesetengah orang guna minyak panas) air yang dibancuh dengan sedikit garam Cara-Cara Penyediaan Kulit Ka...

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Meletup Ayam Grill Kemboja

Alhamdulillah, hari ni nak kongsi satu resepi lama,hehehe. Rugi kalau korang semua tak mencuba, nak lagi best apabila berkumpul bersama keluarga masak la ayam grill kemboja ni, fuhhh meletup gitu. Ok jom kita tengok cara-cara penyediaannya. Bahan-bahan untuk perap : Ayam, pilihlah bahagian mana yang korang suka kemudian basuh dengan air asam jawa. Pastu masukkan serbuk kunyit, sedikit garam dan gula. Paprika (serbuk lada) Cinamon (serbuk kulit kayu manis) Sos maggi stok Sos ikan Agak-agak je bahan tu, ikut kuantiti seekor ayam ke, dua ekor ayam ke terpulang pastu gaul sama rata dan perap dalam 15 minit atau lebih. Sambil-sambil tu korang bolehlah potong bahan-bahan yang lain. Sambil potong sambil nyanyi, korang ada ke nyanyi sambil masak, hihi janji happy masa memasak ye, jangan sampai hangus sudah la. Tengoklah seperti gambar di atas, senang je kan. Bahan-bahan Penyediaan Bawang putih yang dirincik halus Sedikit potongan halia 1 atau 2 biji tomato 2 biji ubi kentan...