Skip to main content

Resepi Masakan Daging Yang Sedap


Resepi Masakan Daging Yang Sedap. Saya jenis terliur kalau tengok masakan daging ni, aduh tak tahan.

Tak dapat nak bayangkan bila gigit daging tu, kenyal-kenyal empuk dengan rempah ratus nya yang meresap ke dalam daging.

Orang utara cakap mercik baq hang..

Ok la tak nak cakap banyak, saya kongsikan kepada anda 3 resepi masakan daging, pilihan saya yang saya ambil dari facebook page Ilham Media.

Sebenarnya banyak lagi resepi berasaskan daging ni, tetapi saya hanya ambil yang saya suka sahaja. Ok jom kita lihat.

DAGING BULGOGI


Bahan-bahan :

  • 350gm daging dihiris nipis
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar madu
  • 1/2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar bijan disangai
  • 1 pokok daun bawang dipotong halus
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa

Cara memasak :

1. Satukan semua bahan perapan kecuali daun bawang dan bijan. Gaul rata dan perapkan daging selama 1-2 jam.

2. Panaskan kuali dan tuangkan daging serta sos perapan ke dalamnya.

3. Balik-balikkan daging biar masak sekata. Biarkan sehingga sos perapan mengering.

4. Apabila dagingnya sudah empuk, taburkan daun bawang dan bijan ke dalam masakan.

PAPRIK DAGING


Bahan-bahan :

  • 1/2 kilo daging potong dan rebus sampai empuk simpan air rebusan
  • 2 senduk besar cili blend kurang kan kalau tak suka pedas
  • 1 senduk besar cili sos
  • 1 senduk besar sos tiram
  • 3 ulas bawang putih di ketuk sahaja
  • Sebiji bawang besar di potong dadu
  • Sebiji bawang besar untuk hiasan
  • Sayur ikut citarasa sendiri
  • Daun limau purut
  • Tomato dibelah 6
  • Cili api dan cili merah untuk hiasan
  • Garam gula dan perasa secukupnya

Cara memasak :

1. Tumis bawang hingga naik baunya

2. Bubuh cili blend di tumis seketika

3. Masukkan cili sos dan sos tiram

4. Masukkan daging dan air rebusan

5. Bubuh sayur dan bahan-bahan yang lain

6. Perasakan secukup rasa

7. Kalau pekat tambah sedikit air


DAGING GORENG THAI


Bahan-bahan :

  • 800gm daging
  • 5 sudu besar biji ketumbar (kisar atau ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk atau hiris halus)
  • 1 sudu besar lada hitam (dikisar atau ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  • Mentega

Bahan-bahan untuk sos :

  • Serbuk cili Thai
  • Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2 sudu besar gula putih)
  • 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
  • 2 sudu besar air limau nipis
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • Kicap sotong atau sos ikan
  • 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
  • Daun ketumbar dan daun bawang

Cara memasak :

1. Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)

2. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.

3. Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.

4. Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.

Sumber : Page Ilham media
Alhamdulillah selamat mencuba ye kawan-kawan.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...