Skip to main content

Kelebihan Puasa Sunat Isnin Dan Khamis

Kelebihan Puasa Sunat Isnin Dan Khamis Assalamua'laikum, berjumpa lagi kita. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Seperti yang yang diperkatakan puasa bukan sekadar pada bulan Ramadhan sahaja, puasa ada yang wajib dan ada yang sunat. Puasa adalah amalan yang penting dan sangat diutamakan. Puasa hari isnin dan khamis adalah amalan sunat yang dilakukan Rasullah s.a.w sendiri serta mempunyai banyak kelebihan dan manfaat.


Dengan berpuasa kita akan terlepas dari pelbagai godaan syahwat di dunia dan terlepas dari seksa neraka di akhirat kelak. Insyaallah. Terdapat beberapa perkara penting berpuasa pada hari isnin dan khamis, iaitu hari tersebut adalah hari di mana amalan seorang hamba di angkat.


Sesiapa yang berpuasa pada hari isnin dan khamis akan mendapat pahala, tetapi kita tidak akan mendapat dosa jika tidak melakukannya. Kebaikan berpuasa pada hari tersebut sangat banyak seperti mendapat pahala, menyihatkan tubuh badan dan memberi kekuatan mental.


Antara kelebihan puasa sunat Isnin dan Khamis ialah :


  • Memberi ketenangan - sesiapa yang mengamalkannya akan dapat mengawal perasaan, menjadi lebih penyabar dan juga berfikiran positif.
  • Mengawal hawa nafsu - pengamalnya akan dapat mengawal hawa dengan lebih baik dan tidak mudah terjerumus pada perkar-perkara negatif.
  • Dapat membuang lemak - berpuasa isnin dan khamis sangat bagus bagi menyingkirkan lemak dalam badan, bagi yang hendak diet bolehlah mengamalkannya.
  • Dapat membuang toksin - selain bersenam, berpuasa juga membantu membuang toksin secara semulajadi melalui peluh, pembuangan air kecil dan air besar.
  • Merawat kulit - berpuasa juga dapat merawat kulit supaya lebih sihat disebabkan sel-sel tubuh yang bekerja secara maksimum.
  • Lebih banyak beramal - apabila berpuasa badan akan jadi lebih segar, sihat dan bertenaga. Ia membuatkan kita lebih peka dan tekun untuk beribadah.



Bagi sesiapa yang tidak tenang, ingin menurunkan berat badan dan menambah pahala serta mendapat ganjaran dari Allah s.w.t marilah kita mengamalkan puasa pada hari isnin dan khamis. Semoga kita sama-sama mendapat hikmah daripada apa yang diamalkan.

Semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...