Skip to main content

15 Amalan Gandakan Pahala Di Bulan Ramadan

Marhaban Ya Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan yang paling istimewa bagi seluruh umat Islam.

Bukan sahaja hanya dipertemukan setahun sekali, namun beragam amalan di bulan Ramadan ini untuk gandakan pahala.

Justeru itu, semua umat Islam selalu berusaha untuk meningkatkan ibadahnya di bulan Ramadan ini.

15 Amalan Gandakan Pahala Di Bulan Ramadan

1. Berpuasa

Sepertimana yang kita ketahui puasa adalah kewajiban bagi umat Islam. Namun, di bulan Ramadan, puasa bukan sahaja menambah pahala dan menyihatkan badan, malah boleh menghapus dosa di masa lalu.

2. Bersahur

Waktu makan sahur seringkali dianggap biasa, tetapi melaksanakan makan sahur akan mendapatkan keberkahan dari Allah. Hal ini didukung oleh berbagai hadist terpercaya. Maka, agar puasa kita mendapatkan berkah dari Allah, usahakan untuk melaksanakan makan sahur setiap kali berpuasa.

3. Mengakhiri sahur

Bangun untuk makan sahur memang terkadang terasa malas. Tidak perlu hairan banyak yang makan sahur sebelum tidur atau pada tengah malam. Pada dasarnya, makan sahur sebelum pukul 3 pagi ini masih dianggap makan malam walaupun dengan mengucapkan niat makan sahur atau niat berpuasa kerana makan sahur harusnya dilakukan di penghujung malam. Makanya, mengakhiri makan sahur iaitu menjelang imsak adalah hal yang sangat dianjurkan, terlebih lagi untuk menghindari dari meninggalkan solat Subuh.

4. Menyegerakan berbuka puasa

Berbeza halnya dengan hukum waktu sahur yang disunnahkan menjelang waktu imsak, waktu berbuka puasa pula sangat disarankan untuk disegerakan setelah mendengar azan. Walaupun hanya sekadar makan kurma atau hidangan sederhana lainnya, tapi menyegerakan waktu berbuka pada dasarnya sangat dianjurkan dan pendapat ini didukung oleh berbagai hadist dan ulama.

5. Solat lima waktu

Seperti yang dipercayai umat Islam, solat adalah tiang agama. Jika kamu melaksanakan solat tepat waktu dan juga tanpa putus saat bulan Ramadan, bukan hanya pahalanya sahaja yang berlipat ganda, tapi, satu rakaat solat di bulan Ramadan ini lebih berkah dibandingkan seribu rakaat di bulan lainnya.

6. Solat tarawih

Selain solat wajib lima waktu, solat tarawih menjadi amalan juga di bulan Ramadan. Selain memperoleh pahala, solat tarawih juga sangat disarankan untuk menjalin silaturrahim dengan sesama manusia, terutama saat mengikuti ibadah solat tarawih berjemaah di masjid atau surau yang berdekatan dengan rumah kita.

7. Membaca Al-Quran

Membaca Al Quran akan membuat bulan Ramadan terasa lebih istimewa kerana Al Quran sendiri pertama kalinya turun pada bulan suci Ramadan. Makanya, sangat dianjurkan untuk membaca Al Quran sebagai amalan bulan Ramadan. Bahkan, satu huruf Al Quran yang kita baca dihitung sebagai satu kebaikan.

8. Bersedekah

Bagi umat Islam, bersedekah merupakan hal yang sangat dianjurkan untuk membersihkan hartanya. Bersedekah di bulan Ramadan merupakan amalan Ramadan yang dilipatgandakan, boleh terbebas dari api neraka dan mempermudahkan jalan menuju syurga.


9. Berzikir

Berzikir boleh saja dilakukan dimana pun kita berada. Oleh kerana itu, saat bulan Ramadan, cubalah memperbanyak berzikir kerana menurut hadist, berzikir di bulan Ramadan lebih afdhal dari seribu bacaan tasbih di bulan lainnya.

10. Memberi makan orang berbuka

Tidak hanya berpuasa untuk diri sendiri, namun bersedekah kepada orang lain yang berpuasa juga merupakan suatu amalan baik di bulan Ramadan yang sangat dianjurkan, contohnya dengan berkongsi juadah berbuka untuk sesama umat Islam yang juga melaksanakan puasa terutamanya jiran-jiran dan juga anak-anak yatim.

11. Berdakwah.

Sangat dianjurkan untuk memperbanyak menyebarkan amalan atau ajaran mengenai agama Islam kepada orang lain kerana tindakan tersebut merupakan seruan untuk kebaikan dan menghindari hal yang dilarang. Berdakwah tidak seharusnya dengan jumlah masyarakat yang banyak. Kita boleh mulai dengan menyebarkan ajaran agama Islam dari mulut ke mulut.

12. Iktitaf

Kenikmatan bulan Ramadan yang paling ditunggu-tunggu umat Islam adalah merasakan malam Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam Lailatul Qadar ini datang pada 10 hari menjelang berakhirnya bulan Ramadan dan biasanya akan datang pada malam ganjil. Makanya, menjelang 10 hari berakhirnya Ramadan sangat dianjurkan untuk beri’tikaf, iaitu berdiam diri di masjid untuk melakukan ibadah sebanyak mungkin dan juga mendekatkan diri dan memfokuskan diri kepada Allah.

13. Mengerjakan umrah

Bagi mereka yang mampu, usahakanlah untuk berangkat Umrah pada bulan Ramadan kerana nilanya setara dengan haji bersama Rasulullah SAW. Dengan merasakan Ramadan di Mekkah, pasti setiap orang akan lebih berfokus dan lebih mendekatkan diri kepada Allah.

14. Bertaubat

Ramadan merupakan bulan suci yang penuh keampunan. Sangat dianjurkan untuk bertaubat di bulan suci Ramadan ini. Bahkan, untuk mereka yang bersungguh-sungguh akan diibaratkan sebagai bayi yang baru lahir, iaitu suci tanpa dosa. Bertaubat memang boleh dilakukan bila-bila masa saja, namun tidak ada salahnya untuk memohon keampunan kembali pada saat bulan Ramadan ini.

15. Zakat fitrah

Meskipun sudah melakukan puasa Ramadan dengan semaksima mungkin, namun terkadang masih ada kata-kata yang salah yang mengurangkan pahala puasa. Oleh kerana itu, amalan saat Ramadan yang dapat menyempurnakan puasa kita adalah zakat fitrah yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam untuk menutupi kesalahan kata-kata dan perbuatan yang sia-sia.

Puasa itu mengajar kita erti sabar, iaitu sabar menahan ujian hidup dan sabar menggunakan nikmat dariNya ke jalan kebaikan

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...