Skip to main content

Rahsia Waktu Solat Dan Perubahan Tenaga Alam


Assalamualaikum dan salam cinta kasih dari lubuk hati saya yang paling dalam buat anda semua pembaca sekalian. Sepertimana yang kita tahu, solat wajib didirikan lima waktu sehari semalam, iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Akan tetapi hari ini saya nak memperkatakan tentang rahsia waktu solat dan perubahan tenaga alam semesta ini. Saya pasti ramai diantara kita tidak tahu atau tidak mengambil berat akan hal ini. Mari kita semua selami lebih dalam.

Rahsia Waktu Solat Dan Perubahan Tenaga Alam

1. SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum berwarna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar atau rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum, dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada wajtu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

2. ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq atau Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektru warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem percernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat solat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah diperut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tegah sakit perut tentu tidak ceria.

3. ASAR

Pada waktu Asar warna alam akan berubah kepada warna oren, di mana spektrum warna pada waktu itu bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkui sistem reproduktif.

Rahsia warna oren adalah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu solat Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah iaitu dalam keadaan tidur. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

4. MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini disebabkan spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang dalam perjalanan juga seeloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

5. ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan waktu Isyak akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam pada waktu ini berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan rehat.

Kesimpulan

Begitulah rahsia waktu solat dan perubahan tenaga alam yang sepatutnya kita semua mengambil berat atas perkara berikut supaya perjalanan hidup kita lebih sempurna, sihat dan berkelimpahan. Semoga bermanfaat pada anda semua. Terima kasih kerana membaca.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...