Skip to main content

Kelebihan Dan Keutamaan Istighfar Serta Sayyidul Istighfar


Astaghfirullaahal'adhzim bermaksud "Aku meminta ampunan kepada Allah Yang Maha Agung".

Bagi saya Istighfar adalah satu kalimat agung yang paling bernilai. Sebagai seorang muslim Istighfar banyak kelebihan dan perlu diutamakan.

Permohonan ampun ini hendaklah dibaca dengan hati yang tulus ikhlas serta diiringi dengan penyesalan atas apa yang telah kita buat dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi.

Ketahui juga terapi hati yang paling berkesan adalah dengan beristighfar. Anda rasakan sendiri suasana hati anda apabila mengucapkan Istighfar.


Kelebihan Dan Keutamaan Istighfar

1. Nabi Muhammad SAW bersabda :

Setiap penyakit ada ubatnya dan ubatnya dosa adalah istighfar.

2. Nabi Muhammad SAW bersabda :

Setiap sesuatu ada perhiasannya dan perhiasan dosa-dosa adalah istighfar.

3. Nabi Muhammad SAW bersabda :

Barang siapa yang meminta ampun kepada Allah SWT maka dia pasti mengampunnya walaupun dia melarikan diri dari peperangan.

4. Nabi Muhammad SAW bersabda :

Tidaklah tetap berdosa orang yang meminta keampunan, meskipun dia kembali berbuat dosa 70 kali dalam sehari.

5. Nabi Muhammad SAW bersabda :

Barang siapa yang meminta ampun setelah meakukan banyak dosa maka Allah SWT pasti mengampuninya kerana istighfar menjadi penebus baginya.

6. Nabi Muhammad SAW bersabda :

Ketika salah satu dari kalian banyak berdosa maka mintalah ampunan dengan istighfar.

7. Nabi Muhammad SAW bersabda :

Ketika dosa salah satu kalian banyak maka mintalah ampunan kepada Allah SWT.

8. Nabi Muhammad SAW bersabda :

Istighfar memakan dosa-dosa bagaikan api membakar kayu bakar yang kering.

9. Nabi Muhammad SAW bersabda :

Banyak beristighfar akan menarik rezeki

10. Nabi Muhammad SAW bersabda :

Perbanyakkan beristighfar kerana barang siapa yang memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menjadikan jalan keluar dari setiap kesedihan dan kesusahan serta memberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)


Kita boleh mengucapkan istighfar seringkas Astaghfirullaahal'adhzim, atau lebih sempurna Astaghfirullaahal'adhzim, al-lazi la ilaha illahu, al-Hayyul-Qayyum wa atubu ilaih.

Bagaimanapun terdapat bacaan Istighfar yang paling sempurna dan afdal dipanggil sebagai penghulu istighfar atau Sayyidul Istighfar. Berikut adalah maksud ayat di dalam Sayyidul Istighfar

Maksudnya:

"Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku dan hamba-Mu dan aku terikat dengan janji-Mu semampu yang aku boleh laksanakan.

Aku mohon perlindungan-Mu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui bahawa semua nikmat-Mu yang Engkau berikan kepadaku adalah milik-Mu dan aku mengakui terhadap dosa-dosaku. Oleh kerana itu ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang dapat memberi keampunan mengampunan kecuali Engkau."


Lafaz Sayyidul Istighfar ini penting untuk kita hafal kerana Nabi Muhammas SAW menyatakan dalam satu hadis bermaksud:

"Barangsiapa yang mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga.

"Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga." (Hadis riwayat Bukhari)

Kesimpulannya apa sahaja ujian atau masalah yang datang, maka beristighfar lah. Insya Allah semuanya akan pergi dan kita dapat membawa hati dekat dengan Ilahi. Semoga Allah bersama kita dan selalu mencintai kita serta kita mencintai-Nya..

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...