Skip to main content

Posts

Cara Mudah Buat Dark Mode Whatsapp

Sejak kebelakangan ini trending dengan tampilan whatsapp dark mode atau mode gelap. Tampilan ini dirancang untuk mengurangkan ketegangan da tekanan pada mata dengan cahaya rendah supaya pengguna lebih merasa nyaman. Cara Mudah Buat Dark Mode Whatsapp Untuk Pengguna Android 1. Masuk aplikasi Whatsapp 2. Pergi ke setting 3. Pilih chats 4. Tekan theme 5. Akhir sekali pilih Dark Untuk Pengguna IOS 1. Pergi ke setting 2. Pilih display & brightness 3. Kemudian pilih Dark Ok selamat mencuba

Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Dibayar 20 Mei 2020

Penjawat awam dan pesara mampu tersenyum riang dan bersyukur apabila kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Aidilfitri kepada penjawat awam sebanyak RM500 dan pesara kerjaaan sebanyak RM250. Pembayaran khas ini akan dibuat pada 20 Mei 2020. KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan gred 56 ke bawah dan pesara kerajaan pada 20 Mei ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata pegawai perkhidmatan awam akan menerima sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250. Katanya, bantuan khas Aidilfitri ini juga akan dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai yang tidak disediakan pemandu oleh jabatannya. "Pegawai yang tidak layak menerima bantuan adalah pegawai dalam pengurusan tertinggi dan setaraf, pegawai yang dijatuh hukuman tatatertib, pegawai yang ditamatkan perkhidmatan dan pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari ...

Lirik Lagu Balik Kampung Sudirman

Tak tahu nak cakap, nak syahdu ka nak gembira ka bila dengar lagu ni. Antara lagu yang sering diputarkan ketika menjelang Hari Raya tetapi tidak mempunyai perkataan "raya". Berikut lirik lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Perjalanan jauh tak kurasa Kerna hatiku melonjak sama Ingin berjumpa sanak saudara Yang selalu bermain di mata Nun menghijau gunung, ladang, dan rimba Langit nan tinggi bertambah birunya Deru angin turut sama berlagu Semuanya bagaikan turut gembira Balik kampung! Ho-ho-ho ... Balik kampung! Ho-ho-ho ... Balik kampung! Hati girang! Ho-ho-ho ... Balik kampung! Ho-ho-ho ... Balik kampung! Ho-ho-ho ... Balik kampung! Hati girang! Terbayang wajah-wajah yang kusayang Satu-satu tersemat di kalbu Pasti terubat rindu di hati Menyambut kepulanganku nanti Perjalanan jauh tak kurasa Kerna hatiku melonjak sama Ingin berjumpa sanak saudara Yang selalu bermain di mata Nun menghijau gunung, ladang, dan rimba ...

Pesanan Dan Nasihat Dari Ustaz Ismail Kamus Yang Menyentuh Hati

Negara kita gempar dengan kematian seorang pendakwah terkenal iaitu Tuan Guru Dato’ Haji Ismail Kamus yang menghembus nafas terakhir pada hari jumaat yang lepas. Beliau banyak menyumbang pada negara melalui kerja-kerja dakwah. Semoga Tuan Guru Dato’ Haji Ismail Kamus diberikan keampunan oleh Allah SWT jua, diangkat pada kedudukan yang tinggi di sisi-Nya, serta dihujani dengan lautan rahmatNya yang tidak bertepi. Berikut Adalah Pesanan Almarhum Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus dalam video yang sempat saya lihat: JANGAN TINGGALKAN 4 AMALAN INI SETIAP HARI 1. Solat jangan tinggal. Solat ni yang kita perlu laksanakan adalah solat fardhu dan solat sunat. Pengorbanan kita adalah solat sunat. Sebab yang fardhu ni dah tentu dah. 2. Baca Al-Quran Sekurang-kurangnya 100 ayat sehari. Sebelum tidur baca 3 Surah ni, Al Mulk, As Sajdah, Al Waqiah. Pagi-pagi baca Surah Yasin. 3. Zikir dan wirid. Ya Allah 100x Lailahaillallah 300x Selawat 100x Istighfar 100x (pada wak...

Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat Disambung Lagi Sehingga 9 Jun 2020

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tamat Khamis ini dilanjutkan sehingga 9 Jun depan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan untuk lanjutan PKPB selama sebulan lagi itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). "Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Jun 2020. "Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya dalam Perutusan Khas hari ini. PKPB mula dilaksanakan 4 Mei lalu dan kebanyakan sektor telah dibenarkan beroperasi namun perlu mematuhi SOP ditetapkan. Penetapan PKPB juga menyaksikan tiada lagi larangan perjalanan selepas jam 10 malam atau pergerakan rentas daerah. Sumber : Sinar Harian Apa-apa pun kita syukuri saja apa yang baik, dan kita redhai apa pun yang ta...

Kelebihan Dan Keutamaan Istighfar Serta Sayyidul Istighfar

Astaghfirullaahal'adhzim bermaksud "Aku meminta ampunan kepada Allah Yang Maha Agung". Bagi saya Istighfar adalah satu kalimat agung yang paling bernilai. Sebagai seorang muslim Istighfar banyak kelebihan dan perlu diutamakan. Permohonan ampun ini hendaklah dibaca dengan hati yang tulus ikhlas serta diiringi dengan penyesalan atas apa yang telah kita buat dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Ketahui juga terapi hati yang paling berkesan adalah dengan beristighfar. Anda rasakan sendiri suasana hati anda apabila mengucapkan Istighfar. Kelebihan Dan Keutamaan Istighfar 1. Nabi Muhammad SAW bersabda : Setiap penyakit ada ubatnya dan ubatnya dosa adalah istighfar. 2. Nabi Muhammad SAW bersabda : Setiap sesuatu ada perhiasannya dan perhiasan dosa-dosa adalah istighfar. 3. Nabi Muhammad SAW bersabda : Barang siapa yang meminta ampun kepada Allah SWT maka dia pasti mengampunnya walaupun dia melarikan diri dari peperangan. 4. Nabi Muhammad SAW bers...

Resepi Tepung Bungkus Pulut Hitam Sedap Lemak Dan Lembut

Assalamualaikum, hai semua. Bersua kita kembali ye, ok hari ni saya nak share sikit la resepi kuih favourite saya iaitu tepung bungkus. Ermmm nikmat betul kuih ni, tak tahu nak bayang bila dah masuk dalam mulut, perghhh mercik baq hang. Sebenarnya resepi tepung bungkus pulut hitam ni dikongsikan oleh seorang wanita iaitu Nur Hidayah di dalam facebook group Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang juga kenalan saya ketika sekolah rendah dan sehinggalah ke hari ini. Sebut ja tepung bungkus mesti ramai yang dah tahu sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa serta dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Ke ada yang tak kenal kuih ni atau tahu makan ja tapi tak tahu kuih apa, hahaha. Menurut Nur Hidayah dengan kuih inilah beliau membesar sebab emaknya seorang penjual kuih dan sudah pasti ianya menjadi warisan yang tidak akan ditinggalkan. Ok gais berikut adalah resepi tepung bungkus pulut hitam yang dikongsikan oleh beliau. Tepung Bungkus Pulut Hitam Bahan U...