Skip to main content

Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Dibayar 20 Mei 2020


Penjawat awam dan pesara mampu tersenyum riang dan bersyukur apabila kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Aidilfitri kepada penjawat awam sebanyak RM500 dan pesara kerjaaan sebanyak RM250. Pembayaran khas ini akan dibuat pada 20 Mei 2020.

Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Dibayar 20 Mei 2020

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan gred 56 ke bawah dan pesara kerajaan pada 20 Mei ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata pegawai perkhidmatan awam akan menerima sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250.

Katanya, bantuan khas Aidilfitri ini juga akan dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai yang tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.

"Pegawai yang tidak layak menerima bantuan adalah pegawai dalam pengurusan tertinggi dan setaraf, pegawai yang dijatuh hukuman tatatertib, pegawai yang ditamatkan perkhidmatan dan pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari hingga 20 Mei.

"Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan turut ditangguhkan bantuan dan hanya layak diberi sekiranya pegawai terbabit tidak bersalah.

"Dalam pada itu, pekerja sambilan harian juga akan menerima bantuan RM500 dengan syarat tempoh kontraknya berkuatkuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pesara kerajaan yang memilih skim pencen dan penerima pencen terbitan akan dibayar RM250 manakala pesara yang dilantik semula secara kontrak akan menerima RM500.

"Bagi pegawai perkhidmatan awam yang meninggal dunia pada 20 Mei juga layak menerima RM500 yang akan dibayar oleh jabatan terakhir dia berkhidmat," katanya.

Sumber : Berita Harian






Alhamdulillah, syukur patut dipanjatkan buat penjawat awam dan pesara atas keprihatinan kerajaan dengan memberi Bantuan Khas Aidilfitri ini.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...