Skip to main content

Sifat Peribadi Seseorang Melalui Cara Duduk



Mengenal sifat seseorang melalui gaya mereka duduk, percaya atau tidak, bahasa badan menjelaskan sifat peribadi seseorang dan salah satu daripadanya ialah kedudukan kaki semasa duduk. Menurut ahli psikologi, cara kedudukan kaki anda semasa duduk mendedahkan niat dan karakter diri.


Posisi A

Orang yang sering duduk di posisi ini berpendapat cara untuk menyelesaikan masalah adalah dengan mengabaikannya. Mereka suka melibatkan orang lain dengan masalah mereka untuk melepaskan diri.
Merupakan orang yang mudah untuk berkomunikasi. Individu ini memiliki karakter yang menarik, kreatif, dan agak kebudak – budakkan. Pada masa yang sama mereka tidak berfikir sebelum bercakap.

Posisi B

Individu yang sering duduk di posisi ini merupakan seorang realisasi imaginasi. Mereka penuh dengan idea – idea yang baik dan baru. Selain itu mereka juga sering dihargai di tempat kerja. Suka mengembara dan menjalinkan persahabatan. Mereka juga tidak suka membazir masa dengan perkara yang negatif.

Posisi C

Individu ini mementingkan keselesaan. Tidak berfikiran terburu – buru dan kebiasaannya mereka akan berfikir panjang sehingga mengambil masa berhari – hari sebelum membuat keputusan. Ini keranan mereka ingin semuanya sempurna dan berjalan dengan lancar.

Kehidupan mereka biasanya tidak teratur namun mereka tahu bagaimana untuk mengatur hidup mereka. Mempunyai masalah untuk memberi tumpuan kerana fikiran mereka sering mengembara.

Posisi D

Orang yang suka duduk dalam posisi ini tidak suka menjadi lewat. Ini kerana mereka adalah individu yang pintar, tidak suka kelam kabut. Mereka juga tidak suka bergaduh dengan orang lain dan mereka berasa tidak selesa untuk menunjukkan emosi secara umum.

Mereka tidak mempunyai masalah untuk meluahkan perasaan mereka dan pada masa yang sama mereka dianggap kurang ajar. Rumah dianggap tempat perlindungan kerana disitulah mereka berehat sepenuhnya. Individu ini juga tidak gemar menerima kritikan kerana ia dianggap sebagai serangan peribadi dan secara tidak langsung mereka akan mempertahankan diri.

Posisi E

Orang yang duduk di posisi ini tidak pernah tergesa-gesa dan mereka percaya bahawa segala-galanya akan datang pada masa yang tepat. Bersifat degil dan tidak pernah berputus asa sehingga mereka mencapai matlamat mereka. Mereka mementingkan penampilan luaran dan bersedia untuk melabur untuk kelihatan lebih baik kerana mereka kurang keyakinan diri.

Terima Kasih kerana membaca

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...