Skip to main content

Apa Itu Luban Dan Kelebihannya Merawat Pelbagai Penyakit


Hai semua, semoga anda sihat-sihat selalu, hah saya pasti ramai diantara kita masih lagi tidak mengenal apa itu Luban dan kelebihannya merawat pelbagai penyakit.

Baru-baru ini saya ada beli Luban dari rakan facebook Sha Ramson Abdullah, beliau banyak menjual barangan dari negara Arab seperti kurma ajwa, luban, sabun, pati minyak bunga mawar dan banyak lagi. Ok la mari kita kenali apa benda luban ni.


Apa itu LUBAN?

Ok luban adalah sejenis atau damar yang keluar melalui rekahan pokok yang banyak terdapat dikawsan-kawasan beriklim panas seperti Oman, Yaman, Syria, Mesir, Sri Lanka, India dan sebagainya.

Nama lain bagi Luban adalah Frankincense, Green Hojari, Kemenyan Arab, Olibanum, Libanah, Kundur Zikri.

Pernah tak terfikir kenapa dipanggil LUBAN?

Sebenarnya ia berasal dari Bahasa Arab iaitu alluban bermaksud susu. Dipanggil Luban juga sebabkan warnanya yang menjadi putih bila "susu getah" ni menjadi keras.

Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda dan ramai yang tak tahu.

Bukan saja orang Islam Arab terdahulu je yang amalkan Luban ni tetapi juga diamalkan oleh orang-orang Barat.

Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama sejak turun temurun lagi.

Bau Luban ni sangat harum dan wangi. Sebab tu boleh nak kunyah ,rendam minum boleh, guna untuk bakar jadi bukhur.

Luban dari Oman sangat popular dan dikatakan sangat bermanfaat terutamanya sebagai brain booster untuk meningkatkan kecerdasan minda.

Selain untuk dikunyah seperti gula-gula getah (chewing gum), Luban juga dikenali sebagai Bukhoor atau Kemenyan Arab. Boleh dibakar dan dijadikan aromaterapi.

Keistimewaan Luban

Sunnah Nabi

Setiap amalan sunnah sebenarnya tersirat rahsia keberkatan yang luar biasa dalam kehidupan manusia samada manusia cuba menyingkapnya atau tidak.

Samada amalan berbentuk syariat ataupun amalan pemakanan. Setiap amalan yag disyorkan oleh nabi kita sebenarnya mempunyai hikmah atau rahsia yang besar disebalik suruhan baginda Muhammad s.a.w. untuk dilaksanakan.

Kehebatan khasiatnya Luban telah disingkap oleh junjungan besar Nabi kita lebih 1400 tahun yang lampau dalam hadis-hadisnya yang terkandung dalam kitab-kitab perubatan Islam.

Luban merupakan makanan As-sunnah yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Radhiallahu ajmain serta Imam As-Syafi’in dan ulama-ulama agung selepasnya. Hal ini berdasarkan pesanan dan saranan Nabi kepada umat Islam agar menjadikan luban sebagai makanan untuk mencerdaskan minda dan menguatkan ingatan anak-anak bermula di dalam kandungan lagi.

Rasulullah SAW bersabda:

“Berilah minuman luban kepada isterimu yang sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.” - Kitab Thibbun Nabawi.

Imam Ali Ridha (sa) berkata:

“Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang hamil.Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani.Jika ia perempuan ia akan bagus fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya.” - Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2)

Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai perempuan–perempuan mengandung, perkenalkan olehmu kepada anak-anak kamu LUBAN semasa mereka di dalam perut kamu, kerana sesungguhnya ia dapat MENCERDASKAN AKAL dan MENGUATKAN INGATAN." Kitab Rahmah Thibbun Walhikmah , Imam Sayuti.

Banyak riwayat dari Ibnu Abbas,Anas(r.anhuma) dan Saidina Ali(k.w) maksudnya :

“Di riwayaktkan daripada SaidinaAli(k.w.) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saidina Ali(k.w.) menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan”.

Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lendir balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah.

Maka tidak rugi jika kita mengambil langkah awal untuk penjagaan minda, fizikal, rohani anak-anak kita sejak dari dalam kandungan, sehingga mereka lahir dan membesar dengan pengambilan makanan sunnah yang tiada tandingan dan penuh barokahnya.

Kelebihan Luban Merawat Pelbagai Penyakit

Antara khasiat luban yang disebut oleh ulama' adalah:

1. Merawat penyakit lupa dan mengelakkan penyakit nyayuk.

2. Menguatkan penglihatan.

3. Membantu melawaskan sistem penghadaman.

4. Menghilangkan masalah kahak.

5. Mengeluarkan angin dalam badan.

6. Melawaskan pembuangan air kecil.

7. Mengelakkan masalah kencing tak lawas.

8. Merawat saraf lidah untuk membantu meringankan masalah pertuturan dan mudah berkomunikasi.

9. Memberi ketenangan dan menghilangkan stress.

10. Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.

11. Menambahkan keyakinan diri

12. Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan

Ya begitulah ceritanya, saya dah try makan luban ni, kunyah je rasanya agak payau sedikit tapi kejap je lepas tu hilang la. Fikiran rasa tenang je bila menikmati luban. Semoga dapat amalkan selalu, InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...