Bagaimana Untuk Memperbaiki Hidup Anda Supaya Lebih Sempurna
Jangan bersedih dengan masalah hidup, sebab memang demikianlah kehidupan itu diciptakan. Pada dasarnya kehidupan ini meletihkan dan menyusahkan. Jadi perbaikilah hidup anda supaya ianya lebih sempurna.
1. Jangan mempunyai pemikiran yang negatif terhadap benda yang anda tidak dapat kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.
2. Jangan terlebih buat benda yang anda tak mampu. Cukuplah sekadar yang anda mampu.
3. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.
4. Jangan bazirkan masa dan tenaga anda terhadap gosip-gosip liar.
5. Jangan terlalu serius terhadap diri anda, Tiada siapa yang berbuat demikian, sabar dan sentiasa tenang.
6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga
7. Anda sudah mempunyai apa yang anda miliki, so jangan ada sikap iri hati pada orang lain.
8. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci seseorang. Hindarkan dari sifat membenci.
9. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda pada masa kini.
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak akan merosakkan kehidupan anda masa sekarang.
11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan anda selain anda sendiri
12. Senyum dan tertawalah selalu.
13. Hubungi keluarga anda selalu.
14. Anda tidak perlu menang pada setiap perbincangan atau perbalahan. Perlu adanya sikap mengalah.
15. Ketahuilah bahawa hidup ini seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Dan pengajarannya akan anda pegang seumur hidup.
16. Sentiasa memafkan orang lain.
17. Abaikan pandangan orang lain terhadap anda.
18. Dahulukan Tuhan dalam segala hal yang anda fikirkan dan apa yang anda lakukan.
19. Luangkan masa bersama orang yang lebih tua dan berpengalaman
20. Buat perkara yang benar tinggalkan perkara yang mungkar.
21. Buang apa saja yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan anda.
22. Sentiasa bersyukur pada Allah.
23. Sentiasa membaca Al-Quran untuk mencari ketenangan dan kesempurnaan hidup.
24. Solat berjemaah kerana ia dapat mengakifkan sel-sel otak serta mengeratkan silaturrahim.
25. Makan apabila lapar sahaja, anda akan menjadi lebih sihat.
26. Sentiasa bersedekah walaupun sedikit.
27. Bersangka baik pada diri anda sendiri dan juaga orang lain, pasti anda akan dihormati serta disayangi
28. Jangan jadi hamba duit, kerana anda akan ditipu atau anda akan jadi penipu
29. Bersahabatlah dengan orang yang berjaya dan juga alim ulamak.
30. Ingat akan mati setiap hari kerana ia akan menghalang anda dari berbuat dosa.
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga, tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut. Bermulanya dengan satu tapak maka terciptalah pengalaman dan cabaran untuk menaiki tangga-tangga yang lain sehingga sampai kepuncak maka anda meraih kejayaan itu. Ketahuilah tidak ada lift untuk berjaya dengan cepat melainkan kita harus melalui proses demi proses supaya mematangkan diri untuk terus hidup.

Comments
Post a Comment