Skip to main content

Tutorial Mudah Buang Background Gambar Guna PhotoLayers

Tutorial Mudah Buang Background Gambar Guna PhotoLayers. Sejak kebelakangan ini ramai yang bertanya saya bagaimana saya edit gambar dengan buang background sesuatu gambar. Jawapannya mudah, saya hanya guna aplikasi PhotoLayers dan anda boleh download di Google Play Store.

Tutorial Mudah Buang Background Gambar Guna PhotoLayers


Walaupun terdapat banyak aplikasi lain yang lebih canggih dan banyak kegunaan, itu terpulang pada anda, kreativiti anda, cara gunanya mudah atau tak. Saya guna aplikasi PhotoLayers ni sebab ia mudah pada saya tapi tak tahu la pada orang lain, masing-masing boleh menilainya.

Ok, mari kita lihat tutorialnya :

Tutorial Mudah Buang Background Gambar Guna PhotoLayers

1. Bagi yang dah download tu boleh buka aplikasi PhotoLayers dan rupanya seperti gambar di bawah. kemudian klik Load a bacground image. Korang boleh pilih mana-mana gambar yang ada dalam galeri handphone anda untuk dijadikan background.

Tutorial Mudah Buang Background Gambar Guna PhotoLayers

2. Saya pilih background putih yang telah siap tersedia dalam galeri handphone saya. Ok sebelum jadi seperti pada gambar di bawah ada keluar saiz gambar, anda boleh tentukan sendiri saiz gambar yang anda inginkan. Pada gambar dibawah saya pilih saiz 1:1.

Tutorial Mudah Buang Background Gambar Guna PhotoLayers

3. Langkah seterusnya klik pada Add Photo. Pilih gambar yang anda nak buang background tu. Bagi sesiapa yang berniaga online tu boleh pilih gambar produk atau sebagainya. Kemudian klik pada Cut lambang gunting tu.

Tutorial Mudah Buang Background Gambar Guna PhotoLayers

4. Ok, setelah anda klik butang Cut tadi akan keluar seperti gambar di bawah. Bagi saya yang mudah untuk buang background gambar ni anda gunakan butang Auto dan Manual. Part ni perlu kesabaran dan seni yang tinggi. Gunakan butang Auto dan tarik ke tempat yang mana anda nak buang background tu dan ia akan hilang dengan sendirinya. Guna butang Manual jika terdapat bintik-bintik atau bahagian yang susah nak dibuang. Bila dah siap dah puas hati klik "done" di bahagian atas sebelah kanan.


Tutorial Mudah Buang Background Gambar Guna PhotoLayers

5.Ok, part ni akan bagi lebih halus dan sharp diruang tepinya. Dah puas hati klik "done".

Tutorial Mudah Buang Background Gambar Guna PhotoLayers

6. Shadow editor bayang-bayang kecil di tepi gambar anda. Tarik je kat "opacity" tu. Kalau nak bayang-bayang yang berwarna boleh pilih di bawah tu Red, Green dan Blue.

Tutorial Mudah Buang Background Gambar Guna PhotoLayers

7. Ok siap, beginilah rupanya.
Tutorial Mudah Buang Background Gambar Guna PhotoLayers

Selamat mencuba ye. Jika ada idea yang lebih mudah boleh kongsi bersama ok. Semoga bermanfaat pada anda semua.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...