Skip to main content

Jom Belajar Loghat Kedah Baq Hang

Jom Belajar Loghat Kedah, sempoi baq hang, hahaha. Bukan susah mana pun, mau relax jer.


Pengenalan

Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun.

Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand [1] Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negari-negari tersebut, dialek ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelet Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah).

Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Bahasa Kedah Pattani ataupun Kedah Hulu iaitu di Baling, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain - lain (Luar Malaysia).

Sumber : Wikipedia

Contoh Perkataan

Hang : Kamu, Engkau

Cek : Saya, Kamu

Depa : Mereka

Hangpa : Kalian

Pi : Pergi

Mai : Datang, Mari

Awat : Mengapa

La : Sekarang

Sat : Sebentar, Sekejap

Mengkala : Bila, Apabila

Ketegaq : Degil, Keras Kepala

Jom : Ayuh, Mari

Kot : Mungkin, Barangkali

Gerek : Basikal

Mertun : Tukul

Tenggalung : Baling

Ghabat : Panjat

Ligan : Kejar

Loq Laq :Tak senonoh

Ketit : Gigit kecil macam semut

Tokak : Gigit

Berlemuih : Comot

Cemuih : Bosan

Ayaq : air

Baguih : bagus

Baloq : malas

Belemoih : comot

Belengaih : melekit

Cayaq : cair

Celuih : muat

Cabai : cili

Huih : haus (tapak kasut)

Hanyiaq : hanyir

Hangat : panas

Pelam : mangga

Pungkoq : bontot

Tidoq : tidur

Tembun : gemuk, montel

Tawaq : tawar

Timba : baldi

Contoh Ayat Dalam Loghat Kedah

Woi Joyah hang nak pi mana?
Woi Joyah engkau nak pergi ke mana?

Awat yang tawaq ayaq teh ni
Kenapa tawar air teh ni

Hang tengok awek tu pungkoq dia besaq
Engkau tengok awek tu bontot dia besar

Tadi aku jatuh parit tu yang belemoih ni
Tadi aku jatuh parit tu yang kotor ni

Pantun Dalam Loghat Kedah

Hisap rokok daun nipah,
Keluaq asap berkepoi-kepoi,
Memang tak leh kata apa dah,
Orang utaqa memang sempoi.

Pagi2 baca surat habaq.
Baca bersama mak ani,
Oqang Kedah apa habaq,
Apa ceqeta hari ni

Nak makan laksa pi Kola Kedah,
Kalau boring teruih pi Langkawi,
Pekan rabu mercu tanda Kedah,
Sapa lagi nak promot kalau bukan anak Kedah sendiri.

Hihi, macam mana best tak, saja nak bagi hang pa tergeliat lidah sikit. Apa-apa pun semoga ianya memberi manfaat. Terima kasih kerana membaca.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...