Skip to main content

Resepi Pajeri Nanas

Pajeri nenas memang tidak asing lagi dalam menu masakan, ia menjadi kegemaran orang utara semenanjung Malaysia. Tudia sempoi baq hang. Rasanya yang masam-masam manis membuatkan kita bertambah selara makan, terutamanya dihidang bersama ikan bakar, ayam bakar, serta air asam. Ok lah saya kongsikan kepada anda resepi membuat pajeri nanas ini.



Bahan-bahan:

  • 1 biji nenas, saiz kecil. tengok juga jumlah berapa orang makan.
  • 4 biji bawang merah dihiris kecil
  • 3 ulas bawang putih dihiris kecil
  • 1 bungkus rempah kari ikan atau daging
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • beberapa helai daun kari
  • 1 senduk minyak
  • gula dan perasa


Cara Penyediaan :

1. Hiris kulit nenas terlebih dahulu atau boleh gunakan nenas yang di dalam tin.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis bawang besar, bawang putih, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun kari.
3. Kacau hingga kekuningan, kemudian masukkan 2 sudu besar rempah kari ikan atau daging.
4. Masukkan santan dan sedikit air supaya tidak berapa pekat dan rempah tidak terlalu hangus.
5. Gaul sehingga sebati dan mendidih, barulah dimasukkan kerisik.
6. Bolehlah masukkan nenas, gula dan sedikit perasa.
7. Masakkan sehingga kuahnya agak-agak pekat sedikit dan nenas lembut.
8. Siap, bolehlah dihidangkan.



Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...