Assalamualaikum, hai semua. Macam mana puasa ok ke, harap-harap semua sihat dan menjalani ibadah puasa dengan selamat serta bersederhanaan. Ok la, kali ni saya nak kongsikan kepada anda resepi cheese tart bomshell. Wow dahsyat betul namanya, hihihi.
Resepi ni dari seorang doktor yang comel bernama Aelma, juga seorang peniaga online dan offline. Beliau juga mengeluarkan perfumenya sendiri iaitu Enchanting Rose Perfume Inspired by Victoria"s Secret Bombshell. Patut la nama resepi pun cheese tart bomshell, hihihi. Resepinya cukup sedap dan cukup simple cara buatnya. Ok mari lihat cara-cara membuatnya.
Ok mula-mula kita perlu buat tart shell iaitu dibahagian bawah tart tersebut. Antara bahan-bahannya ialah :
1. Sebiji telur (gred C)
2. Gula aising (50 gram)
3. Tepung gandum (290 gram)
4. Esen vanilla (1 sudu kecil)
5. Buttercup (170 gram)
6. Acuan tart
Gaul buttercup dengan gula jangan terlalu lama, kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Gaul lagi sehingga sebati, pastu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli adunan tadi sehingga mendapat doh yang lembut. Masukkan sedikit doh tadi kedalam acuan tart dan cucuk dengan lidi atau garpu sebelum dibakar. Bakar dalam suhu 160C selama lebih kurang 20 minit. Kemudian bila dah masak bolehlah simpan dalam bekas kedap udara sehingga benar-benar sejuk sebelum kita masukkan filling dan cheese.
Untuk filling pula, kita boleh gunakan blueberry, strawberry, jem nenas, coklat atau sebagainya mengikutcitarasa anda sendiri. Filling ni kita boleh dapatkannya di kedai bahan-bahan kuih dan kek. Ok, bila dah betul2 sejuk shell tadi, bolehlah kita masukkan filling. Kita sediakan pula bahan-bahan untuk membuat cheese. Antaranya ialah :
1. 1 biji telur
2. Cream cheese (250 gram)
3. Gula halus (50 gram)
4. Esen vanilla (setengah sudu teh)
Putarkan cream cheese dan gula sehingga sebati. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, putar lagi sehingga nampak lemak berkrim. Apabila dah siap masukkan kedalam shell yang berisi filling tadi sambil berhati-hati.
Untuk mencantikkan lagi kita perlu melukis diatas cheese tart tadi ketika cheese masih lembut. Titik je pewarna apa-apa pun, kalau tak pandai lukis buat je garis-garis, hahaha. Kemudian bakar cheese tart pada suhu 160c selama lebih kurang 10 minit sehingga masak. Kalau cheese tu tak melekat bermakna sudah masak.
Inilah cheese tart bombshell yang sudah siap, boleh lah disimpan ke dalam bekas kedap udara dan peti sejuk. Selamat Mencuba dan semoga bermanfaat, terima kasih.

Inilah rupa tart shell

Masukkan filling ke dalam shell

Comments
Post a Comment