Hari ni cuaca sungguh baik, tak terlalu panas tapi macam mendung sikit di sesetengah tempat. Salah satu hobi saya adalah berkebun, jangan cakap hobi ni lekeh ye. Berkebun ni suatu aktiviti yang bermanfaat serta mendapat kepuasan apabila menampakkan hasilnya nanti. Bercucuk tanam tak kira apa jenis tumbuhan seperti sayur-sayuran, pokok bunga dan buah-buahan. Dah jadi rutin harian saya berkebun jika ada masa lapang, kadang-kadang tu curi masa juga untuk tengok pokok-pokok yang saya tanam.
Menyihatkan Badan
Sememangnya kita dah sedia maklum berkebun ni suatu aktiviti fizikal. Macam mana yang dikatakan aktiviti fizikal ni? Hah ni nak bagitahu aktiviti seperti mencangkul, menebas atau mesin rumput yang panjang, mencantas dahan dan sebagainya adalah aktiviti fizikal. Bayangkan pukul 9 pagi berkebun, matahari pun tengah naik masa tu fuhhhh peluh bercerau baq hang (kata orang Kedah). Tak payah pergi gym atau berjogging dah, cukup dengan hanya berkebun. Keluar peluh original sudah tentulah ianya menyihatkan badan kita.
Menjimatkan Wang
Satu alternatif untuk menjimatkan wang adalah dengan berkebun. Tak payah pergi pasar kalau nak beli barang-barang dapur seperti sayur-sayuran, anda boleh petik je dari tanaman-tanaman segar di kebun, andai kata anda menanam serai, sawi, kubis, cili, terung, halia, lengkuas, daun pandan dan banyak lagi la sampai esok pun tak habis nak bagitahu ni, hihihi.
Mengisi Masa Lapang
Ye la kadang-kadang tu dah tak tahu sangat nak buat apa, dari melepak tak tentu arah dengan kawan-kawan lebih baik kita luangkan masa lapang itu dengan berkebun, dapat banyak pahala tau berbudi pada tanah ni. Ajak sekali anak-anak, bini-bini (kalau ada berbini 2) satu keluarga bersantai sambil berkebun, pasti menyeronokkan.
Menjana Pendapatan
Hah berkebun juga boleh buat duit tau. Jika anda mempunyai halaman rumah yang luas dan menanam pelbagai sayuran dengan kuantiti yang banyak, hasilnya nanti anda boleh berniaga atau menolak hasil tanaman tersebut kepada pemborong.
Hari ni mesin rumput, lalang pun dah paras dada dah. Apa lagi kasi mesin la, nak mencakar tu yang letih dan lenguh bermandi peluh jawabnya, akhir sekali tersandar di pokok getah rehat sebentar.
Gambar di atas ni pokok terung bulat, baru je ubah dari pot semaian. Harap tumbuh dengan segar dan membuahkan hasil. Sekian saja, semoga timbul minat berkebun dikalangan anda semua.
Manfaat Berkebun

Comments
Post a Comment