Skip to main content

Ayat Ayat Jiwang

Ayat Power Jiwang ni memang tidak asing dalam kehidupan kita terutama sekali pada pasangan yang tengah hangat bercinta, suami isteri yang baru kahwin bahkan orang tua juga. Bukan apa banyak makan garam segala pengalaman dalam kehidupan diluahkan dengan kata-kata indah dan ayat-ayat cinta atau jiwang ini.

Ayat Ayat Jiwang

Ayat Power Jiwang

Jangan mencintai seseorang seperti bunga,
Kerana bunga mati dikala musim berganti,
Cintailah mereka seperti sungai,
Kerana sungai mengalir selamanya.

Perempuan mudah cair dengan 'ayat manis' dari lelaki yang dia suka."Lelaki pula mudah cair dengan 'air mata' perempuan yang dia sayangi"

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.

Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.

Setiap pertemuan ada perpisahan, kekadang ada yang pergi tanpa sebab dan ada yang pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal.

Cinta itu misteri, tidak berbentuk tetapi dicari, tidak bernyawa tapi hidup, tidak tajam tapi mampu melukai, tidak mekar tapi mewangi.

Biarlah airmata saya ini mengalir, asalkan saya dapat bersama awak, biarlah hati saya ini sakit, asalkan saya tak kehilangan awak sayang .

Setiap orang ada rasa cinta, tapi tak semua orang dapat merasai cinta.
Setiap orang pernah bercinta, tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.

Perempuan kalau ketawa , ketawa dia lebih ikhlas daripada lelaki. Tapi kalau lelaki menangis , air mata dia lebih jujur daripada perempuan.

Cinta adalah ketika kamu menitiskan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya.

Aku selalu tertanya-tanya, adakah awak takut kehilangan aku sepertimana aku takut kehilangan dirimu.

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang sekelip mata, cinta bagaikan bintang dilangit, terlalu banyak yang indah bercahaya tetapi hanya satu yang menjadi igauan pada pemujanya.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.

Jatuh cinta pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.

Apabila pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.

Ayat Ayat Jiwang

Ayat power jiwang ini dikumpul dari facebook dan twitter kawan-kawan. Kalau nak update status tu boleh la. Semoga mendapat inspirasi dan manfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur . Cukup ringkas cukup mudah. Kali ni saya nak kongsikan pada anda semua satu resepi yang pernah menjadi viral hingga mendapat ratusan ribu share di fanpage Siakap Keli iaitu roti sosej cheese leleh bersalut telur. Lihat pada gambar, menyelerakan, nyummmm. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan waktu petang. Budak-budak cukup suka roti sosej cheese ni. Bahan-Bahan Yang Diperlukan 1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh 2. Sosej 3. Cheese 4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak Cara-Cara Penyediaannya Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan cheese dahulu di atas roti Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. Kemudian celupkan rot...

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera.  Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye. Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil.  Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri.  Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan.  Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup.  Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.   Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia  1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang.  2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah.  3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunka...

Ayat Power Pickup Line

Ayat Power Pickup Line Assalammua'alaikum semua. Nak cerita sikit apa benda ayat power pick up line ni, selalu sangat menjadi sebutan di media sosial sampai budak-budak sekolah pun pandai menggunakan ayat pick up line. Zaman saya dulu kalau ayat nak mengorat semua berbunga-bunga dan panjang-panjang ayatnya. Ok la bagi anda yang kurang faham, secara kasarnya pick up line bermaksud satu baris ayat pendek, pembuka kata atau ayat untuk mengorat yang pertama kali anda lafazkan kepada seseorang perempuan dengan tujuan untuk memulakan komunikasi atau salam perkenalan sehingga tercapainya objektif yng sebenar iaitu menjadikan perempuan itu kekasih anda. Hah tu dia camna tu, ayat pendek je tapi boleh menambat hati seorang perempuan. Bukan senang nak buat ayat pick up line ni, seseorang itu perlu kreatif dan bijak untuk mencapai maksud sebenar ayat tersebut, sekaligus menarik minat perempuan untuk berkenalan dengan anda. Fuhhh susah juga ni, satu atau dua baris ayat je tapi mampu menza...