Air kelapa mudah didapati daripada buah kelapa muda ataupun buah kelapa tua. Banyak khasiat minum air kelapa dan menjadi perkara lazim bagi rakyat di Malaysia ini. Saya main minum je tapi tak tahu sangat khasiatnya, sedap katakan malah menjadi kegemaran ramai.
Ramai orang menjual air kelapa sekarang ini, di merata tempat, tepi jalan , pasar malam dan sebagainya. Ada yang menanam pokok kelapa di sekitar halaman rumah. Meminum air kelapa boleh dikatakan minuman tradisi kerana ia diamalkan dari dulu untuk menyembuhkan demam, terutama kanak-kanak.
Banyak juga khasiatnya, saya minum air kelapa terus dari pokok. Hehehe, ada la 2, 3 pokok di halaman rumah. Kadang-kadang tu minum air kelapa sambil bakar ikan atau ayam percik, perghhh berasa nyaman dan segar je. Apa-apa pun semoga ia bermanfaat kepada kita semua.

Antara Khasiat Minum Air Kelapa
- dalam beberapa laporan mengatakan air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah mempunyai struktur yang sama, ia dikatakan pengganti darah semasa zaman perang suatu ketika dulu.
- air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh anda dan mampu untuk menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, penyakit gusi, virus selsema dan sebagainya.
- air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ia membantu membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing.
- air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid.
- ia juga sangat berkhasiat untuk menghilangkan racun dan membantu memecahkan batu buah pinggang.
- air kelapa mengandungi serat yang tinggi dan sangat baik untuk sistem pencernaan.
- air kelapa juga rendah lemak dan boleh meminumnya dengan jumlah yang banyak.
- air kelapa jika di minum akan mengurangkan nafsu makan dan berasa kenyang, secara tidak langsung ia dapat menurunkan berat badan.
- dalam dunia kecantikan air kelapa juga boleh membuatkan kulit lebih bersih, cerah dan segar.
- para pengkaji mendakwa air kelapa membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan semasa mengandung.
Banyak juga khasiatnya, saya minum air kelapa terus dari pokok. Hehehe, ada la 2, 3 pokok di halaman rumah. Kadang-kadang tu minum air kelapa sambil bakar ikan atau ayam percik, perghhh berasa nyaman dan segar je. Apa-apa pun semoga ia bermanfaat kepada kita semua.

Comments
Post a Comment