Fakta Menarik Mengenai Wanita. Kalau bab wanita memang best, kadang-kadang saya pun tak faham dengan mereka ni. Walaubagaimanapun wanita adalah insan ciptaan Allah yang sangat indah, boleh cair dibuatnya. Cewah ambik hati sikit. hahaha.
Mau Relax Girls
Terima kasih kerana sudi membaca Fakta Menarik Mengenai Wanita, jumpa lagi.
Fakta Menarik Mengenai Wanita
- jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama lelaki lain.
- wanita memang suka pujian lebih lagi pujian itu dari seseorang yang mereka sukai, tetapi tidak tahu cara menerima pujian.
- semua wanita menginginkan seorang lelaki yang mencintainya dengan sepenuh hati.
- wanita mudah jatuh cinta pada lelaki yang memberi perhatian dan baik terhadapnya.
- wanita paling benci lelaki yang berbuat baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
- setelah seorang wanita jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
- jangan senyum sembarangan kepada wanita, kerana sebuah senyuman membawa seribu erti bagi mereka.
- senjata wanita adalah airmata.
- wanita paling suka berborak dan jadilah pendengar yang setia.
- wanita suka ambil gambar banyak-banyak untuk dijadikan kenangan.
- wanita sukakan lelaki yang bersikap melindungi tapi tidak terlalu mengongkong.
- bila sedih, wanita suka dipeluk sebab mereka berasa selamat bila ada orang disisi.
- wanita banyak berfikir dan membuat kesimpulan yang bukan-bukan terhadap kekasih hati mereka.
- wanita akan berasa cemburu bila ternampak kekasih mereka dengan wanita lain walaupun sekadar kawan.
- walaupun bersedih wanita tetap tersenyum, tetapi menangis secara senyap.
- tentang kecantikkan diri, mereka akan gelisah dan akan berusaha untuk menjadi cantik seperti orang lain.
- apabila wanita sudah meninggalkan lelaki itu, tiada peluang kedua buat lelaki itu sebab lebih banyak perasan benci dalam diri kerana telah disakiti.
- wanita mudah kecil hati, berikan sedikit ruang kepada mereka walaupun sekejap saja.
- wanita kalau memuji wanita lain, memang tak akan abis.
- mudah mengambil hati wanita sebenarnya apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Mau Relax Girls
Terima kasih kerana sudi membaca Fakta Menarik Mengenai Wanita, jumpa lagi.


Comments
Post a Comment