Apabila anda sudah berada di gerbang perkahwinan, anda mempunyai pelbagai tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri.
Ia harus dipikul dengan sebaiknya untuk mengharmonikan rumahtangga anda.
Tanggungjawab Suami:
1. Isteri berhak mendapat mahar daripada suaminya.
2. Suami bertanggungjawab memberi nafkah iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal yang sederhana dan sesuai dengan kemampuan kepada isteri dan anak-anaknya.
3. Bertanggungjawab untuk bergaul baik terhadap isterinya, bermaksud saling cinta-mencintai, kasih-mengasihi,berbudi bahasa dan bersopan santun.
4. Berhak mendapat penjagaan yang sempurna. Suami mestilah mengambil tahu tentang pakaian, makanan, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan isteri.
5. Bertanggungjawab memberi pendidikan agama terhadap isterinya terutama dalam hal berkaitan dengan ibadat seperti perlaksanaan rukun Islam yang lima.
6. Bertanggungjawab memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada isteri dalam segala hal untuk kebajikan dan kesempurnaan rumahtangga.
Tanggungjawab Isteri:
1. Isteri harus memberi ketatan dan kesetiaan kepada suami yang telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua rumahtangga.
2. Isteri juga bertanggungjawab menjaga kebersihan diri, rumahtangga dan pakaian malah menjaga kebersihan pakaian suami dan anak-anaknya.
3. Isteri juga wajar berjimat cermat untuk menjaga ekonomi rumahtangga, dengan cara ini dapat membantu suami mengumpul harta untuk kepentingan masa
depan anak-anak.
4. Wajib melayani keinginan batin suami apabila dikehendaki.
5. Isteri terlebih dahulu mendapat keizinan suami untuk keluar rumah atau melakukan sesuatu pekerjaan, hal ini penting kerana tugas dan tanggungjawab isteri di dalam rumah.
Tanggungjawab bersama:
1. Suami isteri berhak bergaul dan menerima layanan yang baik antara satu sama lain. Mereka mestilah saling mencintai, mengasihi, dan menghormati.
2. Mereka juga harus bergurau senda sebagai tanda kemesraan dan pengikat kasih.
3. Setiap manusia mempunyai kelemahan, oleh itu suami isteri haruslah mengenali tabiat masing-masing yang sukar dielak.
4. Apabila isteri mendapat anak hendaklah dibinkan kepada bapanya.
5. Berhak mewarisi harta masing-masing jika berlaku salah satu kematian.
Semoga anda memperoleh keharmonian dan kebahagian rumahtangga.

Comments
Post a Comment