Penyerang skuad Liga Perdana Sabah dan juga bekas penyerang harimau Malaya, Rozaimi Abdul Rahman cedera parah selepas kereta Honda Civic dinaikinya terbabas dan merempuh pokok di Batu 3.5 Jalan Tuaran Lama, Kota Kinabalu pada jam 1.40 tengah hari.
Dikhabarkan yang keadaan Rozaimi dan rakan beliau, Mohd Faris Mahamud agak parah dan marilah kita sama-sama mendoakan Rozaimi dan rakannya selamat dan cepat sembuh.
Kenderaan dinaikinya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dan tembok,pemandu kereta jenis Honda Civic yang juga pemain Piala Presiden Sabah, Ak Mohd Farris Mahamud, 21, turut mengalami cedera parah.
Rozaimi kini dirawat di Unit Kecemasan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan kini sedarkan diri manakala Farris dirawat di hospital sama masih belum sedar.
“Bomba tiba di lokasi pada jam 1.46 tengah hari dan mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa lalu dihantar ke hospital dengan ambulans,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengurus Pasukan Sabah Rahman Zakaria ketika dihubungi mengesahkan Rozaimi terbabit dalam kemalangan dan kini masih menerima rawatan lanjut.

Comments
Post a Comment