Apa maksud cinta? Fuhhh berpeluh nak jawab. Tapi kalau bercerita tentang pengalaman bercinta ni memang best, sampai bila pun tak habis. Zaman sekarang ni macam-macam maksud dan erti cinta serta pelbagai tafsiran cinta dibuat orang. Keluar la ayat-ayat jiwang semua ada, haishh macam-macam hal. Tapi jangan main-main dengan cinta ni, bahaya, mainan hati dan perasaan tu.
Tak nak fikir banyak-banyak bab ni, terpulang pada individu itu sendiri mencari maksud cinta dan mentafsir sendiri. Bukan apa bila isu cinta ni bermacam pendapat dilontarkan dan tidak semuanya berfikiran yang sama.
Ok la, cinta yang pertama ialah mencintai Allah dan RasulNya lebih dari kita mencintai orang lain, itu yang penting. Yang kedua barulah kita mencintai makhluk Allah, nanti akan ada pecahan-pecahan cinta. Panjang jugak la perjalanan cinta ni.
Cinta merupakan perasaan kasih sayang, tarikan dan kemesraan antara seseorang, rela berkorban untuk orang lain, begitu juga tarikan atau minat terhadap benda hidup ataupun makhluk lain. Ia ditunjukkan melalui perasaan, kelakuan, emosi, sikap dan pemikiran seseorang itu.
Dalam cinta tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan, ia bermula dengan rasa suka, tersenyum tanpa berbicara, hati terdetik, wajah kelihatan berseri dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Apa yang sering kita ketahui cinta sejati lahir dari hati yang tulus ikhlas.
Pelbagai erti cinta dan tafsir cinta pada masa kini, antaranya:
1. Cinta adalah perasaan yang tak dapat dilihat dan dijelaskan tapi boleh dirasai dan jika kita benar-benar mencintainya, kita sanggup berbuat apa saja.
2. Cinta juga bererti mencintai seseorang sepenuh hati dan tidak pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan merasakan dialah segala-galanya.
3. Cinta membuatkan kita merasa bahagia dan selesa bila bersamanya dan dia sentiasa merasakan kita adalah satu-satunya insan yang dia sayangi.
4. Cinta boleh membuatkan kita mengalirkan air mata.
5. Cinta mampu merubah dan memberikan kebahagian dalam hidup kita.
6. Bila hati dah cinta segalanya menjadi indah.
7. Cinta adalah dugaan yang paling besar dan manis serta terpulanglah kepada kita bagaimana menghadapinya.
8. Cinta adalah menyintai, pengorbanan, kesetiaan, persefahaman dan saling memerlukan.
9. Cinta juga adalah perkongsian suka dan duka dalam apa jua keadaan sekali pun.
10. Cinta adalah persahabatan dan kekeluargaan.
Terima kasih kerana membaca, semoga bermanfaat.

" Jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa sebelum menikah.. Masih ada perjalanan yang panjang ketika berumahtangga nanti".
Pelbagai erti cinta dan tafsir cinta pada masa kini, antaranya:
1. Cinta adalah perasaan yang tak dapat dilihat dan dijelaskan tapi boleh dirasai dan jika kita benar-benar mencintainya, kita sanggup berbuat apa saja.
2. Cinta juga bererti mencintai seseorang sepenuh hati dan tidak pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan merasakan dialah segala-galanya.
3. Cinta membuatkan kita merasa bahagia dan selesa bila bersamanya dan dia sentiasa merasakan kita adalah satu-satunya insan yang dia sayangi.
4. Cinta boleh membuatkan kita mengalirkan air mata.
5. Cinta mampu merubah dan memberikan kebahagian dalam hidup kita.
6. Bila hati dah cinta segalanya menjadi indah.
7. Cinta adalah dugaan yang paling besar dan manis serta terpulanglah kepada kita bagaimana menghadapinya.
8. Cinta adalah menyintai, pengorbanan, kesetiaan, persefahaman dan saling memerlukan.
9. Cinta juga adalah perkongsian suka dan duka dalam apa jua keadaan sekali pun.
10. Cinta adalah persahabatan dan kekeluargaan.
Terima kasih kerana membaca, semoga bermanfaat.

Comments
Post a Comment