Cara Mudah Tingkatkan Jualan Buat Para Usahawan Online. Pada masa sekarang ramai orang terlibat dengan perniagaan internet dan menjadi usahawan internet sama ada separuh masa ataupun sepenuh masa.
Pelbagai cara untuk tingkatkan jualan telah digunakan mengikut idea dan kreativiti seseorang.
Ada yang berjaya dan ada juga yang tidak berjaya walaupun sudah bertungkus lumus mempromosi produk atau barangan lain. Antara medium yang popular untuk menjual produk adalah seperti Facebook, Instagram, Mudah.my, Laza, Shopee dan sebagainya.
Para usahawan mengetahui pasaran online ini adalah salah satu medium untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Tetapi adakah semuanya berhasil?
Pelbagai cara untuk mempromosi perniagaan anda, tetapi kurang mendapat sambutan. Mari kita selami perkara ini.
Cara Mudah Tingkatkan Jualan Buat Para Usahawan Online
Personal Branding
Personal branding adalah satu konsep memasarkan diri anda sendiri. Ini sangat penting buat usahawan online supaya dikenali ramai, mudah untuk menjual, dan lebih mendapatkan kepercayaan.
Perkenalkan diri anda, siapa anda, kerja apa yang anda buat dan selalulah berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain.
Komunikasi
Menggunakan bahasa yang sesuai dengan prospek atau customer anda.
Jangan terlalu guna bahasa yang skema macam buat karangan SPM, mau relax jer guna perkataan yang unik yang memberi kesan psikologi dan mudah di fahami.
Belajar Copywriting atau Storytelling
Mungkin pelanggan anda kurang faham atau ayat anda kurang jelas dan struktur ayat yang tunggang langgang sehinggakan info itu tidak sampai. Hendak tingkatkan jualan perlu ada teknik yang teratur dan tersusun.
Jangan buat iklan anda seperti iklan yang terlalu formal, buat iklan anda seperti bercerita, beremosi dan guna perkataan yang unik untuk mendapatkan lebih ramai pembaca untuk terus membaca iklan anda tanpa mereka sedari bahawa itu adalah iklan.
Untuk belajar copywriting ni anda perlu banyak membaca atau mencari guru yang pakar.
Gambar Berkualiti
Para usahawan online terutamanya di medium social media Facebook dan Instagram digalakkan menggunakan gambar yang berkualiti dan menarik serta berkaitan dengan produk yang anda jual. Ianya salah satu tarikan untuk meningkatkan jualan.
Harga
Masalah bagi para usahawan online adalah saingan harga. Dalam bisnes harga bukan ukuran, yang penting anda bijak gandingkan harga, kualiti dan perkhidmatan yang diberikan.
Ada pelanggan tak kisah untuk bayar dengan harga sedikit mahal, asalkan layanan anda sangat baik, kepercayaan dan anda cepat menguruskan order.
Kualiti Produk
Pelanggan sekarang meletakkan kualiti sebagai penanda aras untuk bantu mereka membuat pilihan.
Sebelum menjual apa-apa produk anda perlu membuat sedikit kajian mengenai produk tersebut adakah berkualiti dan bermanfaat pada pelanggan.
Semoga artikel ini membantu anda semua dan berjaya kelak. Terima Kasih

Comments
Post a Comment