Penganjur program 'I Want To Touch A Dog' Syed Azmi Alhabshi memohon maaf pada ahad lalu atas perasaan tidak senang yang berbangkit akibat perbuatan segelintir peserta memeluk dan mencium anjing pada program itu.
Beliau juga menegaskan bahawa niat penganjuran program itu bukan bertujuan memesongkan akidah, menukar hukum hakam agama, mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme.
"Program ini tidak sama sekali menggalakkab anjing sebagai binatang peliharaan. Ia adalah proses pembelajaran untuk mengenali makhluk Allah, " katanya pada sidang media.
Syed Azmi juga menjelaskan bahawa semua pencerahan mengenai hukum hakam pengendalian anjing telah diterangkan semasa program, bersama-sama dengan kaedah dan cara samak.
"Saya akui program ini mempunyai kelemahan tersendiri. Ingin saya memohon ribuan maaf dengan secara tidak langsung menyinggung perasaan dan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak" kata beliau.
Syed Azmi menerima ribuan cacian dan ugutan bunuh melalui pelbagai medium laman sosial.

Comments
Post a Comment